Islam di Akhir Zaman
Menyentuh isu Islam pada hari ini insyaAllah akan membawa kita berfikir sejenak tentang apa yg dikatakan Islam dan apa yg dikatakan muslim. Islam dan muslim pada hari ini mungkin berada di merata-rata di dunia ini tetapi benarkah kesemuanya yg mengaku diri itu Islam dan muslim adalah sebenar-benar Islam dan muslim atau….Bercakap tentang Islam, masing2 telah terbayang tentang rukun Islam, rukun iman, al-qur’an,hukum-hakam, mazhab², pendapat² ulama, hadis² nabi, dan sebagainya. Jika dibangkitkan isu Islam maka akan dibincangkan pelbagai pendapat tentang isu untuk menjatuhkan hukum hakam, versi² Islam, mazhab² dan banyak lagi yang kebanyakkannya menjurus kepada kaedah untuk beramal dalam Islam.
Merenung diri sendiri… Setiap hari beramal dengan menunaikan solat, membaca al-qur’an, bersedekah, dan sebagainya adalah kerana apa? Siapa diri kita ini dan kepada siapa kita beramal? Kerana Allah? Bila ditanya Allah dimana? Akan dijawab “Allah ada dimana-mana”…… Di mana-mana itu dimana? Maka ada pula yg akan kata Allah ada di dalam hati. Ada juga yg mengatakan Allah ada di Arash dan sedang menyaksikan kita dari Arash. Dan ada juga yg tidak langsung dpt memberi jawapan Allah ada dimana..Jika ada di dalam hati bermakna tidak lagi ada di mana-mana. Jika ada di Arash juga bermakna Allah tidak lagi ada di mana- mana. Allah telah mengambil tempat. Jika Allah telah mengambil tempat bermakna tidak ada bezanya dengan makhluk dan ciptaanNya. Mempertikai?! Tidak… bukan kita cuba mempertikai tetapi perlulah kita mengenal pencipta sebelum kita beramal kepadaNya… Adakah mungkin kita dapat mengingati sebelum kita mengenali? Ambil contoh yg mudah ; cuba kita bayangkan raut wajah ibu sendiri… boleh walaupun tidak ada di depan mata…. tetapi cuba kita bayangkan raut wajah makcik saya… mana mungkin anda dpt membayangkan raut wajah makcik saya… anda tidak kenal dengannya… Jadi?! Cuba anda bayangkan Allah…. jika anda belum mengenali Allah, mana mungkin anda dpt membayangkan dan mengingatiNya… “dirikanlah solat untuk mengingatiKu”.. Adakah benar solat yg kita dirikan selama ini adalah mengingati Allah?!
Pelbagai persoalan yg perlu difikirkan sekiranya anda mengaku diri muslim. Adakah dengan mudahnya anda menjadi muslim? Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah dan faham terjemahan arab ke melayu sudah cukup menjadikan anda muslim?! Bagaimana pula muslim yg berada di Arab yg sememangnya bahasa arab adalah bahasa mereka dan sekali lafaz sudah tahu apa yg dilafaz… Tetapi mungkin yg difahami cuma ayat tetapi tidak kepada yg tersirat.Renung² sejenak… Kenapa apabila Allah mencipta Nabi Adam, Allah mengkehendaki makhluk2 yg lain sujud kepada Nabi Adam sedangkan Nabi Adam dan makhluk lain adalah sama.. Makhluk sujud kepada makhluk.Adalah bersebab kenapa Allah perintahkan sedemikian rupa. Allah maha bijaksana. Kenapa Allah menjadikan kaabah sebagai kiblat untuk kita bersolat?! Kenapa adanya ibadat puasa?! Kenapa adanya ibadat zakat?! Apakah yg dicari dalam ibadah haji?! Kenapa sa’ie?
Pelbagai persoalan perlu disingkap untuk kita mencari dan mengenali Pencipta… Kenallah sebelum mengingati… Jika kamu tidak kenal pencipta sebelum kamu beramal kepadanya, mungkin kamu terpesong. Mungkin secara tidak kamu ketahui kamu sedang berada dalam keadaan SYIRIK sedangkan kamu sedang beramal.Kenapa?! Mungkin ketika bersolat, sujudnya kamu kepada sejadah atau sujudnya kamu kepada kaabah. Adakah sejadah itu tuhanmu? Adakah kaabah itu tuhanmu? Di mana tuhanmu?
akan bersambung InsyaAllah……
rochi said,
October 10, 2009 at 4:35 am
ceoat ka sambung… kat mana2 cari tak jumpa
safwan said,
October 10, 2009 at 6:22 am
sangat menarik untuk direnungkan bersama…. harap sambungan dari bingkisan ini dpt disediakan dgn cepat…. dapatlah dijadikan panduan bersama…..
Faiz said,
October 11, 2009 at 10:15 am
Beberapa komen:
1.Pertamanya, kita mengatakan Allah ada diatas arasyh kerna itu yang diberitahu kita didalam Al Quran, so tak timbul isu kita menyamakan Allah dengan makhluk. Kerna cara Allah bersemayam diatas arasyh tak sama dengan manusia atau makhluk yang mengambil tempat. Sama halnya, Allah Maha Melihat, adakah darjat Allah telah jatuh kerna bersifat seperti makhlkuk yakni boleh melihat?
Pointnya disini, sifat Allah tak sama dengan sifat makhluk
2. Asalnya kamu kata Allah tak boleh mengisi tempat kerna itu hanya sifat makhluk, tapi kenapa kamu memberi ideologi berkaitan makhluk untuk beriman kepada Allah. Kamu guna analogi kami tak kenal makcik kamu, maka tak boleh mengingati Allah kerna masih belum mengetahui.
So, adakah kamu mempunyai akal? Kamu pernah lihat akal? atau bagi kamu akal tak pernah wujud kerna kita tak pernah melihat? so, manusia tak berakallah?
3. Tentang persoalan2 yang ditimbulkan saudara sepreti, kenapa Allah suruh malaikat sujud kepada Nabi Adam, kena kita kena solat, kenapa itu, kenapa ini.
Secara ringkasnya siapakah kita untuk mempersoalkan tindakan Allah?
Kenapa kita tak tanya ibubapa bagi kita nama Muhammad? kenapa tak bagi nama adam?
Sebagai muslim, kita tak patut persoalakan tindakan Allah, kita siapa?
Tapi jika berhadapan dengan non-muslim, cara jawabnya berbeda.
Sejukk Panass said,
October 22, 2009 at 4:27 am
Menjawab soalan dari saudara Faiz…
Allah “MAHA” melihat…. adakah makhluk “MAHA” melihat?!
Memberi ideologi makhluk = saya memetik “contoh yg mudah”…. mudah untuk difikirkan oleh kita… jika diberi contoh yg susah… maka tidak semua yg dpt memikirkannya… maka spt saya “syok sendiri”…. “tidak semua memahami apa yg kamu fahami”….
Hanya Allah yg wujud…. adakah akal wujud?! jika akal wujud maka kamu telah menyekutukan Allah!!!!
Mempersoalkan tindakan Allah?! Saya telah menekankan pada awalnya bahawa saya bukan “mempertikai” tindakan Allah sebaliknya cuba untuk mengenali Allah… jika tidak mengenali mana mungkin kita dapat mengingati?!
mindaahad said,
October 22, 2009 at 5:08 am
1.Pertamanya, kita mengatakan Allah ada diatas arasyh kerna itu yang diberitahu kita didalam Al Quran, so tak timbul isu kita menyamakan Allah dengan makhluk. Kerna cara Allah bersemayam diatas arasyh tak sama dengan manusia atau makhluk yang mengambil tempat. Sama halnya, Allah Maha Melihat, adakah darjat Allah telah jatuh kerna bersifat seperti makhlkuk yakni boleh melihat?
Pointnya disini, sifat Allah tak sama dengan sifat makhluk
soalan: apakah arasy?
apakah bersemayam?
bagaimana Allah bersemayam?
apakah beza antara melihat dan maha melihat?
2. Asalnya kamu kata Allah tak boleh mengisi tempat kerna itu hanya sifat makhluk, tapi kenapa kamu memberi ideologi berkaitan makhluk untuk beriman kepada Allah. Kamu guna analogi kami tak kenal makcik kamu, maka tak boleh mengingati Allah kerna masih belum mengetahui.
So, adakah kamu mempunyai akal? Kamu pernah lihat akal? atau bagi kamu akal tak pernah wujud kerna kita tak pernah melihat? so, manusia tak berakallah?
soalan: bagaimana cara beranalogi selain menggunakan makhluk? ada?
bagaimana boleh ingat kalau tak kenal?
bagaimana nak ingat faiz kalau sekadar tahu nama faiz?
apakah beza orang guna akal dgn orang yang tak guna akal?
3. Tentang persoalan2 yang ditimbulkan saudara sepreti, kenapa Allah suruh malaikat sujud kepada Nabi Adam, kena kita kena solat, kenapa itu, kenapa ini.
Secara ringkasnya siapakah kita untuk mempersoalkan tindakan Allah?
Kenapa kita tak tanya ibubapa bagi kita nama Muhammad? kenapa tak bagi nama adam?
Sebagai muslim, kita tak patut persoalakan tindakan Allah, kita siapa?
Tapi jika berhadapan dengan non-muslim, cara jawabnya berbeda.
soalan: kenapa Allah ciptakan manusia, jin dam alam?
kenapa Allah cipatakan syurga dan neraka?
kenapa kita tak boleh tanya kenapa?
kenapa jawapan pada non muslim mesti berbeza?
kenapa tak baca ayat quran?
tak jumpakah ayat Allah suruh berfikir?
kenapa tak baca hadis?
tak jumpakah amaran nabi tentang iman taklid?
adakah kamu iman taklid?
adakah kamu islam kerana orang tuamu islam?
adakah kamu sembahyang kerana ustazmu suruh sembahyang?
adakah kamu rasa kamu boleh masuk syurga?
adakah kamu nak masuk syurga?
adakah kamu beribadat tanpa kenal tuhan tapi nak syurga tuhan?
adakah kamu tak malu?
adakah kamu pernah guna akalmu?
kenapa saya tak boleh soal kamu?
adakah saya tak boleh gunakn akal saya seperti kamu tak gunakn akal
kamu?
bolehkah kamu jawab soalan saya faiz?
fuad said,
October 28, 2009 at 11:29 am
saya tak faham apa yg kamu cuba sampaikan la mindaahad
raja meser said,
November 7, 2009 at 5:42 am
semua org boleh add sy di ym..julia_11990@yahoo.com..saya akan jawab mengikut ilmu saya..pada pandangan saya aqidah sejuk panas benar tp ada kemusykilan sikit pd bahasa..
humaru89 said,
November 7, 2009 at 5:00 pm
Assalamua’laikum, sejukk panass,
ini khas untuk sejukk panass.
Kamu ni sampai mengaku kamu sendiri tak ada. InsyaAllah tak wujud kamu kata. Jadi saya nak soal kamu beberapa perkara.
1. Kenapa kamu letak insyaAllah kamu tak wujud kalau kamu memang yakin kamu tak wujud?
2. Atau kamu nak maksudkan InsyaAllah itu adalah dengan izin Allah kamu tak wujud? Kalau Allah izin kamu wujud macam mana?
3. Atau kamu ni gaya kebanyakan orang, sebut InsyaAllah kerana tak pasti? Jadi kamu ni tak pasti la kamu ni wujud atau tidak, begitu?
Baik. Seterusnya, saya ingin kamu buat kajian sedikit dengan memerhatikan persekitaran kamu. Kamu kata, tiada apa yang wujud selain Allah SWT kan?
Saya ingin kamu buat kajian sikit ni.
1. Apabila kamu merasa lapar, saya minta kamu jangan makan. Kerana lapar itu pada kamu tak wujud, dan makanan itu pun tak wujud. Jadi jangan makan bila lapar sebab lapar tu tak ada sebenarnya, dan kalau lapar tu ada pun, makakan tu tak ada sebenarnya untuk selamatkan kamu dari kelaparan.
– kalau kamu akhirnya makan juga, minum air ke, tandanya kamu bersetuju bahawa kamu itu wujud, lapar itu wujud, makanan itu wujud.
2. Kamu umur berapa? Kalau kamu umurnya pelajar, maka saya minta kamu hentikan pelajaran kamu. Kalau kamu umurnya pekerja, maka saya minta kamu hentikan pekerjaan kamu. Buat apa kamu belajar kalau kamu sendiri tidak wujud, kalau ilmu itu sendiri tidak wujud, kalau guru itu sendiri tidak wujud, kalau pelajaran itu sendiri tidak wujud. Jadi tak payah belajar. Buat apa kamu kerja kalau kamu sendiri tak wujud, kerja kamu tu tak wujud, duit yang kamu dapat dari kerja tu tak wujud. Jadi tak payah kerja.
– kalau kamu tetap belajar dan kerja selepas ini, maka kamu mengakui bahawa kamu itu wujud, ilmu itu wujud, guru kamu wujud, duit kamu hasil kerja itu wujud, kerja kamu itu wujud.
3. Kamu kata kamu tak wujud. Tak ada. Kamu kata wujud tu sifat pada Allah, langsung tak boleh ada pada manusia. jadi saya pun tak wujud la macam itu. Maka kalau kamu tak wujud, dan saya pun tak wujud, maka perbincangan kita ini pun tak wujud. Jadi, buat apa teruskan perbincangan?
– kalau kamu teruskan perbincangan ini, maka kamu akui saya dan kamu wujud, perbincangan kita wujud.
4. Sifat Allah SWT itu langsung tak boleh ada pada manusia. Jadi kamu selepas ini jangan berkasih sayang, jangan marah, jangan hidup. Bagaimana?
– kalau kamu tetap berkasih sayang, marah pada orang, dan hidup, maka kamu akui kamu itu wujud.
5. Wujud lawannya tiada. Apa-apa yang ‘tiada’ maka dia tidak mempunyai ‘apa-apa’. Tiada kekuatan, tiada ruh, tiada kehidupan, tiada segala apa-apa yang boleh membuatkan dia ‘wujud’. Jadi, kamu yang percaya kita semua ni tak wujud, saya minta jangan keluar rumah, jangan makan, jangan minum, jangan kerja, jangan belajar, jangan kahwin, jangan berbincang dan jangan segala-galanya, dan jangan hidup. Sebab kamu tidak wujud sebenarnya.
– kalau kamu masih meneruskan kehidupan kamu, kamu mengakui kewujudan kamu.
6. Kamu kata Allah wujud, dan tiada apa yang boleh ada sifat yang sama seperti Allah SWT. Kalau Allah wujud, kita semua ni tak wujud. Semua benda tak wujud. Maka, saya minta, apabila kamu membaca permintaan-permintaan saya, kamu jangan menggunakan akal kamu untuk berfikir, kerana akal kamu itu tidak wujud. Jangan fikir langsung, sebab fikiran kamu pun tak wujud.
– kalau kamu berfikir juga, menggunakan akal kamu juga, maka kamu mengakui kamu adalah wujud.
Permintaan saya yang enam ni, kalau kamu penuhi, maka saya bersetuju bahawa kamu tidak wujud, saya tak wujud.
Sebenarnya sejukk panass, saya menghormati semua pandangan orang lain, betul atau salah. Saya hormati. Tapi saya terkilan dengan sikap kamu yang tiba-tiba menerpa dan menuduh saya mensyirikkan Allah SWT.
Saya ingin bertanya kepada kamu, berapa kali kamu menjejakkan kaki ke website saya ini? Kamu baca semua artikelnya kah? Di titik mana saya mensyirikkan Allah SWT? Malah saya mengajak semua orang kepada-Nya dan kepada-Nya sahaja.
Kemudian, bila kita nampak orang lain mempunyai pandangan yang lain, cuba la berbahas dengan elok dan menerangkan prinsip kita, mendengar pula prinsip dia.
Akhir sekali, kalau kita tak bersetuju dengan dia, maka senyapkan sahaja. Kerana ada kemungkinan kita tak betul.
Lain la sudah jelas dan terang bersuluh dia membawa sesuatu yang berlawanan dengan Islam, Al-Quran dan Sunnah. barulah kita usahakan sesuatu untuk menyekat pandangannya. Tetapi dalam masalah-masalah khilaf, kenapa hendak bergaduhan? Kenapa hendak dipanjang-panjangkan?
Saya harap, kita sama-sama lihat semula, dan duduk muhasabah kembali. Sama-sama kena ada kelapangan hati dan kerendahan jiwa. Baru boleh ada perbincangan.
Akhir sekali, harap kamu selesaikan kerja rumah yang saya beri.
~seorang hamba…