Relativiti Masa dan Hakikat Takdir

November 7, 2009 at 9:39 pm (Akidah)

Harun Yahya

Relativiti Masa dan Hakikat Takdir

oleh

Harun Yahya
Harun Yahya
Harun Yahya

PENGENALAN

Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan bahawa semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka kepada pemikiran materialisme. Sebagaimana yang telah diketahui, golongan materialis menafikan fakta penciptaan. Sebaliknya, mereka mempertahankan bahawa materi telah wujud tanpa keterbatasan masa dan akan tetap kekal sebagai sebagai satu entiti mutlak selama-lamanya. Dalam perkataan lain, mereka mendewakan materi. Materialisme dengan itu ditakrifkan oleh sumber materialis; Materialisme menerima keabadian dan kekekalan alam semesta (tanpa permulaan dan pengakhiran), iaitu tidak dicipta oleh Tuhan, dan adalah tidak terbatas di dalam masa dan ruang.

Sebab mengapa materialisme terlalu mendewakan materi berpunca dari penafian mereka untuk mengakui kewujudan sang Pencipta. Sekiranya materi tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan: sekiranya ia mempunyai permulaan bermaksud ia telah diwujudkan dari tiada, iaitu ia dicipta.

Tidak mengejutkan, kesepakatan yang dicapai oleh dunia sains di akhir abad ke 19 mengesahkan bahawa materi bukanlah mutlak dan bahawasanya ia mempunyai permulaan; keseluruhan alam semesta berasal dari tiada dianggarkan 15 bilion tahun lalu melalui letupan sebuah titik dengan isipadu ’sifar’ dan membentuk seperti yang ada sekarang dengan pengembangan sepanjang masa. Autentik fenomena ini yang dipanggil Big Bang, telah dibuktikan melalui beberapa pemerhatian yang kukuh dan eksperimen sepertimana juga pengiraan di dalam bidang fizik teori.

Hal terbaru yang diputuskan oleh sains hari ini mengesahkan fakta bahawa “alam semesta telah diciptakan dari tiada”, seperti yang telah dikhabarkan di dalam Al-Qur’an dan semua agama-agama samawi. Sebagai tambahan, sains moden telah menolak materialisme dan menumpaskan mereka di dalam perjuangan yang mereka mulakan untuk menentang penciptaan.

Golongan materialis, akan tetapi, tidak dapat menerima kenyataan bahawa materi adalah diciptakan dan tidak mutlak, betapa sekalipun bertentangan dengan sains. Untuk menerima fakta ini mereka harus menerima kewujudan Allah, dan untuk beriman dengan Allah mereka harus menganut agama dan hidup secara beragama. Suatu yang secara asas digesa oleh agama ialah untuk patuh dan tunduk kepada Allah, dan ini adalah menjadi kesukaran bagi sesetengah orang yang dibutakan oleh kejahilan mereka. Di dalam Al-Qur’an, keadaan orang yang melarikan diri darihakikat kebenaran disebabkan kejahilan mereka -sekalipun kebenaran terpampang jelas- diterangkan seperti berikut:

Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hari mereka meyakininya (kebenaran). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang yang berbuat kebinasaan. Surah An-Naml:14.

Golongan materialis mempercayai bahawa masa sama seperti materi adalah mutlak: keduan-duanya wujud sejak azali dan akan kekal selama-lamanya. Kesetiaan terhadap anggapan yang salah ini, mereka cuba untuk menafikan takdir, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Bagaimanapun, hari ini, sains moden telah membuktikan bahawa sama seperti materi, masa, yang timbul dari materi, juga telah diciptakan dari tiada, dan dengan itu ia juga mempunyai permulaan. Pada masa yang sama, masa adalah fahaman yang relatif, dan bukanlah statik dan tidak berubah sebagaimana yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan materialis, dan bahawa ia adalah satu bentuk persepsi yang berubah juga telah dibuktikan di abad ini. Konsep relativiti masa dan ruang juga telah dibuktikan oleh Teori Relativiti Einstein dan fakta ini membentangkan asas fizik moden yang ada hari ini.

Untuk meringkaskannya, masa dan ruang adalah dua konsep yang bukan mutlak, yang mempunyai permulaan dan telah diciptakan oleh Allah dari tiada. Allah, yang mencipta masa dan ruang, sudah pasti tidak terikat dengannya. Allah menakrif, menentukan dan mencipta setiap ketika di dalam masa di dalam masa-sifar. Ini adalah yang menjadi intipati hakikat ‘takdir’, yang gagal untuk difahami oleh golongan materialis.

Semua peristiwa-peristiwa yang telah dan yang akan dialami oleh kita, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah, yang tidak terbelenggu oleh masa, dan yang mencipta masa dari tiada.

Hari ini, sains moden mengesahkan fakta yang telah dikhabarkan di dalam AL-Qur’an 1400 tahun lalu, yang amat diyakini oleh orang yang beriman. Ini menjadi saksi bahawa Al-Qur’an adalah kalam Allah. Di sudut lain, pemikiran materialis, yang menafikan kewujudan Allah dan fakta penciptaan untuk berabad lamanya, telah pun ditolak di dalam setiap pelbagai bidang sains, sebuah disiplin yang sentiasa menjadi rujukannya dan yang menjadi tempat perlindungannya. Di dalam ini, kita akan menghasilkan bukti-bukti untuk menunjukkan bahwa dakwaan golongan materialis sebenarnya tidak mempunyai sebarang asas saintifik dan logik, dan sebaliknya, materialisme secara total telah dimusnahkan oleh bidang sains kontemporari. Subjek-subjek yang dibentangkan disini mengendungi bukti-bukti yang sangat penting mengenai intipati kebendaan dan sifat relatif masa dan ruang. Oleh hal yang demikian, kamu akan menemui beberapa fakta yang tidak pernah kamu fikir selama ini, dan akan memahami bahawa intipati kebendaan sebenarnya adalah amat berbeza dari apa yang dikemukakan oleh materialisme atau apa yang kamu fikirkan sebelum ini.

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA DARI ALAM TIADA

Materialisme adalah satu pola pemikiran yang mendakwa materi sebagai satu entiti yang mutlak dan menafikan kewujudan lain selain dari material. Berasal dari zaman Greek Purba dan mendapat penerimaan masyarakat umum, khususnya di abad ke 19, dan menjadi masyhur dengan fahaman dialektik materialisme Karl Marx. Sistem pemikiran ini mendakwa bahawa kewujudan materi adalah mutlak dan akan tetap kekal wujud selamanya. Disebabkan dia mempertahankan bahawa materi bukanlah ciptaan, maka dia sekaligus menafikan kewujudan Pencipta.

Seperti yang telah kita nyatakan, fahaman materialisme mulai popular khususnya pada abad ke 19. Satu dari sebab hal ini ialah model ’static universe’ yang mana kemudiannya dikemukakan untuk menjawab persoalan ‘bagaimana alam semesta wujud?’. Model ini menjawab persoalan itu dengan menyatakan bahawa alam semesta bukanlah tercipta, tetapi ianya telah wujud sejak azali dan akan terus wujud selamanya. Alam semesta dianggap sebagai suatu koleksi material yang stabil, konstan dan tidak berubah, dan fahaman ini melaungkan bahawa alam semesta seperti ini tidak memerlukan kita mempercayai kepada seorang Pencipta.

Pengesahan kepada tentangan model alam semesta ini, iaitu penemuan bahawa alam semesta mempunyai permulaan dan ianya berubah, tidak mensangsikan kewujudan seorang Pencipta. Dalam bukunya “Principes Fondamentaux de Philosophic”, ahli falsafah Georges Politzer materialis terkemuka telah mengakui fakta ini dalam penafiannya tentang konsep penciptaan yang berasaskan model ‘alam semesta tanpa sempadan’ (boundless universe); Alam semesta bukanlah objek yang dicipta. Sekiranya ia dicipta, maka ia harus diciptakan secara serta merta oleh Tuhan dan mewujudkannya dari alam tiada. Untuk mengakui penciptaan, seorang harus mengakui, di tempat pertama, kewujudan suatu ketika di mana alam semesta tidak wujud, dan bahawa sesuatu wujud keluar dari ketiadaan. Ini adalah suatu yang tidak dapat diakui oleh sains.

Di akhir period yang bermula pada suku kedua abad ke 20, sains moden, telah membuktikan kenyataan yang diakui oleh golongan materialis ketika mereka mengakui; “sekiranya hal demikian, maka kita terpaksa untuk mengakui bahawa seorang Pencipta wujud’, -iaitu, alam semesta mempunyai permulaan. Fakta ini telah didedahkan setelah melalui beberapa peringkat.

Pengembangan alam semesta

Pada tahun 1920, di sebuah pusat pemerhatian Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi. Ketika membuat pemerhatian terhadap bintang-bintang melalui teleskop gergasinya, dia mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari bebintang itu beralih kepada warna merah yang terletak di hujung spektrum cahaya dan bahawa peralihan ini semakin terang apabila bebintang itu semakin menjauhi bumi. Penemuan ini amat mengejutkan dunia sains ketika itu, kerana berdasarkan kepada hukum-hukum fizik yang diakui, spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya ini akan cenderung berwarna merah ketika cahaya ini bergerak menjauhi titik pemerhatian itu. Ini bererti bahawa bintang-bintang itu secara konstan bergerak menjauhi kita.

Sebelum ini, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting; bebintang dan galaksi bergerak menjauhi bukan sahaja daripada kita (bumi), tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya konklusi yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta di mana setiap sesuatu bergerak menjauhi sesama mereka ialah alam semesta itu secara konstan ‘berkembang’. Untuk menerangkannya, keadaan alam semesta ini sama seperti permukaan sebiji belon yang ditiup. Sama seperti titik-titik di permukaan sebiji belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu mengembang, dan begitu jugalah objek-objek di dalam ruang angkasa juga bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika alam semesta terus berkembang.

Sebenarnya, hal ini telah disingkap secara teoritikal lebih awal. Albert Einstein, menyimpulkan dari pengiraan yang membawanya untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, telah merumus bahawa alam semesta bukanlah statik. Terkejut dengan penemuan ini, Einstein telah menambah satu faktor yang dipanggil ‘pemalar kosmologi’ (cosmological constant) ke dalam persamaannya dengan sengaja untuk mengelakkan persamaan ini daripada menjadi satu kesimpulan. Kerana diyakinkan oleh ahli astronomi lain bahawa alam semesta adalah statik, dia tidak ingin teori ini bertentangan dengan model ini (universe static). Pandangan ini, yang mana kemudiannya ditolak oleh Einstein sendiri -yang diakui sebagai satu kesilapan paling besar di dalam kareernya- telah pun dibuang ke dalam bakul sampah sejarah oleh penemuan-penemuan saintifik kontemporari.

Untuk pertama kali pada tahun 1922, saintis Russia Alexander Friedmann telah menemui berdasarkan Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berubah dan bahawa sekalipun terdapat sedikit perubahan di dalamnya akan menyebabkan ia berkembang atau mengendur. Sementara Friedmann sampai kepada kesimpulan ini, dia juga membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) di dalam artikel Einstein yang bertarikh tahun 1917.

Orang pertama yang menggunakan solusi yang ditemui oleh Friedmann ini ialah seorang saintis kosmik berbangsa Belgium, Georges Lemaitre (1894-1966). Dengan bergantung kepada solusi-solusi ini, Lemaitre mempertahankan bahawa alam semesta mempunyai permulaan dan ianya secara konstan berkembang seterusnya. Sebagai tambahan, dia menyatakan bahawa sisa radiasi dari saat permulaan ini dapat dikesan. (radiasi ini, yang dinamakan Kosmic Radiation Background) akhirnya di kesan melalui pemerhatian.

Penemuan Big Bang

Kenyataan bahawa alam semesta berkembang mencadangkan satu model yang sangat berbeza dari model ’static universe’ yang sebelum ini mengaut sambutan umum. Pengembangan alam semesta menyatakan bahawa, apabila mengembara kembali ke dalam masa, ruang cakerawala akan dibuktikan berasal dari satu titik tunggal.

Pengiraan menunjukkan bahawa ‘titik tunggal’ ini yang melabuhkan segala material alam semesta seharusnya mempunyai ‘isipadu sifar’ dan ‘kepadatan tidak terhad’ (infinite density). Alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan isipadu sifar. Letupan ini dinamakan ‘Big Bang’ dan teori ini dipanggil berdasarkan letupan ini.

Kamu akan merasa takjub bagaimana satu titik tanpa isipadu, iaitu, tanpa sebarang ruang, dan dengan kepadatan yang tidak terbatas boleh wujud. Sebenarnya, ’satu titik tanpa isipadu dan kepadatan tanpa terhad’ adalah satu bentuk ekspresi bersifat teori. Secara saintifik, satu titik yang diterangkan dengan memiliki ‘isipadu sifar’ adalah bermaksud satu titik tanpa sebarang isipadu. Sebenarnya, satu titik tanpa sebarang isipadu bermaksud bahawa ianya ‘tidak wujud‘. Oleh hal yang demikian, alam semesta diciptakan wujud dari alam tiada. Fakta ini membatalkan hipotesis materialisme iaitu ‘alam semesta telah wujud tanpa permulaan’.

Percubaan ’steady state’ Fred Hoyle

Ahli astronomi yang menganut falsafah materialisme menentang teori Big Bang ini dan mengemukakan pula teori ’steady state’. Punca kepada usaha ini telah di dedahkan di dalam kata-kata A.S Eddington, “secara falsafah, fahaman suatu permulaan yang mendadak kepada alam semulajadi yang ada hari ini adalah menjijikkan bagiku“.

Ahli matematik dan astronomi terkemuka dunia Sir Fred Hoyle adalah salah seorang yang tidak senang dengan teori Big Bang. Di pertengahan abad itu, Hoyle melaungkan teori ’steady-state’, yang serupa dengan konsep ‘constant universe’ di abad ke 19. Sekalipun dia menerima bahawa alam semesta berkembang, Hoyle mempertahankan bahawa alam semesta tidak terbatas dalam ukuran dan abadi dalam jangka hayat. Berdasarkan kepada model ini, sama seperti pengembangan alam semesta, materi secara mendadak wujud dengan sendiri dan terhad kepada takat yang diperlukannya. Dengan satu tujuan berpura-berpura untuk menyokong ‘kewujudan mutlak material’ -asas falsafah materialisme- teori ini (steady-state theory) secara total berbeza dengan teori ‘Big Bang’, yang menyokong bahawa alam semesta mempunyai permulaan.

Golongan yang mempertahankan teori steady-state menolak Big Bang untuk masa yang lama. Dunia sains, akan tetapi berterusan menentang mereka.

Bukti baru bagi Big Bang: Dataran radiasi kosmik (Cosmic Background Radiation)

Pada tahun 1948, George Gamov hadir dengan satu lagi pendapat berhubung dengan Big Bang. Dia menyatakan bahawa selepas pembentukan alam semesta melalui satu letupan yang besar, sisa radiasi yang tertinggal dari letupan ini seharusnya wujud di ruang alam semesta. Bahkan, radiasi ini seharusnya tersebar secara seragam di ruang cakerawala.

Bukti ini yang mana ’seharusnya wujud’ akhirnya berjaya ditemui. Pada tahun 1965, dua orang pengkaji bernama Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui gelombang ini. Radiasi ini, yang dinamakan ‘cosmic background radiation’, sangat berbeza dari sebarang radiasi rawak yang datang dari arah-arah khusus di angkasa lepas. Ianya suatu keseragaman yang luar biasa. Dalam perkataan lain, ianya tidak kelihatan seperti dipancarkan dari sumber tertentu akan tetapi diterap ke seluruh angkasa.

Akhirnya ia difahami bahawa gelombang haba 3 darjah Kelvin berbentuk sekata yang dipancarkan dari seluruh arah di angkasa adalah kesan dari saat pertama fenomena Big Bang. Bahkan, bentuk ini sangat hampir serupa dengan bentuk yang telah diramalkan oleh ahli saintis. Sekalipun mereka hanya mampu untuk membuat pengiraan hanya pada panjang gelombang (gelombang mikro), Penzias dan Wilson telah dianugerahkan Hadiah Nobel kerana menjadi orang pertama yang menunjukkan bukti asal Big Bang ini melalui eksperimen.

Pada tahun 1989, George Smoot dan kumpulan NASA yang diketuainya telah menghantar kapal Cosmic Background Radiation Discovery Satellite (COBE) ke luar angkasa untuk menyelidik radiasi dataran kosmik. Ia hanya mengambil masa selama 8 minit untuk pengesan sensitif di satelit ini mengesahkan pengiraan yang dibuat oleh Penzias dan Wilson. Pengesan ini secara tepat mengesahkan kesan letupan Big Bang yang telah terjadi pada permulaan pembentukan alam cakerawala.

Dianggap sebagai penemuan astronomi paling hebat sepanjang masa, penemuan ini tidak berakhir di sini. Ketika COBE1 dapat mengesan maklumat mengenai suhu pada titik tertentu di angkasa, COBE 2 pula di teruskan, dengan menemui bahawa di sana terdapat satu perbezaan suhu di antara dua titik di ruang angkasa. Ini menunjukkan bahawa haba yang dihasilkan setelah proses Big Bang semakin menyusut. Setelah kejadian ini, banyak saintis menjolokkan kejayaan COBE sebagai ‘pengesahan luarbiasa Big Bang’.

Bukti selanjutnya: pemusatan Hidrogen-Helium

Satu lagi bukti penting Big Bang ialah jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Berdasarkan pengiraan terbaru, ianya diketahui bahawa pemusatan hidrogen-helium di alam semesta bersamaan dengan pengiraan secara teori pemusatan hidrogen-helium yang terhasil selepas Big Bang.

Seperti yang diketahui umum, bintang-bintang menghasilkan tenaga dengan menukarkan kandungan hidrogennya kepada helium melalui tindak balas nuklear (pelakuran nuklear). Sekiranya alam semesta tidak mempunyai permulaan dan sekiranya ianya wujud tanpa permulaan, maka semua hidrogen yang terdapat di bintang-bintang telah pun habis digunakan dan telah bertukar kepada helium. Akan tetapi, fakta bahawa gas hidrogen di (teras) bintang-bintang belum lagi habis digunakan dan bahawa bebintang masih terus menghasilkan tenaga dengan menukarkan secara berterusan gas ini kepada helium adalah bukti penting bahawa alam semesta bukanlah kekal dan sebenarnya ia mempunyai permulaan.

Kejayaan Big Bang

Semua bukti-bukti ini memaksa teori Big Bang untuk di percayai oleh masyarakat saintifik. Model Big Bang adalah kedudukan terakhir yang dicapai oleh sains dalam pembentukan dan permulaan cakerawala. Bersama-sama dengan Fred Hoyle mempertahankan teori steady-state untuk beberapa tahun, Dennis Sciama menerangkan kedudukan terakhir yang dicapai mereka setelah semua bukti bagi teori Big Bang ditemui. Sciama menyatakan bahawa dia menyertai perdebatan hangat di antara penyokong teori steady-state dan orang yang menguji teori ini dengan harapan mampu menolaknya. Dia menambah bahawa dia mempertahankan teori steady-state bukanlah kerana ia kelihatan seperti benar, tetapi kerana dia berharap ianya menjadi benar. Fred Hoyle berdiri menentang semua tentangan-tentangan ketika mana bukti-bukti menentang teori ini telah tersingkap. Sciama pergi jauh mengatakan bahawa dia permulaannya menyokong Hoyle tetapi, ketika bukti-bukti yang ada telah terkumpul, dia terpaksa untuk mengakui bahawa permainan telah tamat dan bahawa teori steady-state harus disingkirkan.

Prof. George Abel dari Universiti California juga menyatakan bahawa bukti yang ada hari ini mendedahkan bahawa alam semesta telah wujud berbilion tahun lalu melalui proses Big Bang. Dia mengakui bahawa dia tidak punya pilihan lain selain untuk menerima teori Big Bang.

Dengan kejayaan Big Bang, konsep ‘keabadian material’ yang mendasari falsafah materialisme telah dilontarkan ke dalam timbunan sampah sejarah. Kemudian, apakah yang wujud sebelum Big Bang dan apakah kuasa yang membawa alam semesta kepada ‘kewujudan’ bersama-sama dengan letupan ini ketika ia masih berada dalam ‘ketiadaan’. Soalan ini sudah pastinya menunjukkan, dalam kata-kata Arthur Eddington, suatu fakta yang ‘tidak menguntungkan secara falsafah’, iaitu, hakikat kewujudan Maha Pencipta. Seorang ahli falsafah terkemuka ateis Antony Flew menawarkan komennya berkenaan isu ini;

Pengakuan adalah baik untuk jiwa. Dengan itu saya akan bermula dengan mengakui bahawa ateis Strato telah diaibkan dengan ijmak kosmologi kontemporari. Kerana ia kelihatan bahawa ahli kosmologi menyediakan bukti saintifik terhadap apa yang telah diputuskan oleh St Thomas yang tidak dapat dibuktikan melalui falsafah; iaitu bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Sudah lama alam semesta dianggap sebagai satu kewujudan tanpa pengakhiran, tetapi juga tanpa permulaan. Ianya tetap mudah untuk mendesak bahawa kewujudannya dan apa saja yang ditemui yang menjadi ciri-ciri asasnya seharusnya diterima sabagai satu penjelasan yang mutlak. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa ianya tetap sentiasa benar dan sudah pasti tidak mudah dan tidak selesa untuk mempertahankan kedudukan ini ketika bersemuka dengan Big Bang.

Kebanyakan saintis yang tidak secara membuta menghindarkan diri mereka dari ateis telah mengakui peranan Pencipta maha besar di dalam penciptaan alam semesta. Sang Pencipta ini semestinya suatu zat yang mencipta materi dan masa, akan tetapi bebas dari keduanya.

Roger Penrose, seorang ahli fizik yang telah melakukan kajian ekstensif berkaitan dengan asal usul alam semesta juga telah menyatakan bahawa cakerawala tidak lah terletak hanya sekadar kebetulan, dan hal ini menunjukan ianya sudah pasti mempunyai suatu tujuan. Bagi sesetengah orang, ‘alam semesta adalah sedemikian rupa’, dan ianya wujud seadanya. Kita hanya wujud semata untuk meneruskan kehidupan di celah-celah ruang segalanya. Worldview seperti ini tidak akan dapat membantu kita untuk memahami alam semesta. Berdasarkan kepada pandangan Penrose, di sana terdapat banyak hal yang bekerja di dalam alam semesta yang kewujudannya tidak dapat kita fahami hari ini.

Fakta yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an 14 abad lalu

Untuk meringkaskannya, konklusi yang jelas yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan alam semesta, bersama-sama dengan materi dan dimensi masanya, hadir untuk wujud di masa sifar bersama dengan satu letupan besar (Big Bang). Sebelum Big Bang, di sana tidak terdapat suatu apa seperti masa. Materi, tenaga, dan masa wujud dari suatu keadaan ketiadaan di mana bukan materi atau pun tenaga atau pun masa yang wujud, peristiwa ini dapat diterangkan hanya secara metafizik. Akan tetapi, hakikat yang hebat yang ditemui oleh fizik moden ini yang baru diketahui di akhir abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Qur’an 14 abad lamanya.

(Dialah) Pencipta langit dan bumi. Surah Al-An’aam; 101.

Teori Big Bang menunjukkan bahawa, pada permulaan, semua objek di dalam alam semesta berada di dalam satu bahagian dan kemudian terpisah. Fakta ini, yang diandaikan oleh teori Big Bang telah pun dinyatakan di dalam Al-Qur’an 14 abad lamanya, ketika mana umat manusia hanya memiliki pengetahuan yang terhad mengenai alam semesta;

Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?. Surah al-Anbiya; 30.

Seperti yang dinyatakan pada permulaan bab ini, pengembangan alam semesta adalah satu bukti yang penting bahawa alam semesta telah diciptakan dari tiada. Sekalipun fakta ini, yang telah pun wujud sejak alam semesta diciptakan, masih gagal untuk diketahui oleh dunia sains moden sehinggalah di abad ke 20 ini, Allah memaklumkan kita mengenai hakikat ini di dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu;

Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya. Surah az-Zariyat;47.

Letupan yang Menghasilkan Peraturan

Hakikatnya, Big Bang menyebabkan masalah yang lebih besar kepada golongan ateis dan materialis (kedua-dua istilah ini adalah sama), dari pengakuan di atas yang dibuat oleh ahli falsafah ateis Antony Flew. Big Bang membuktikan bukan sahaja alam semsta sebenarnya diciptakan dari tiada, tetapi juga diciptakan di dalam perancangan yang amat rapi, sistematik dan cara yang terkawal.

Kesempurnaan peraturan yang timbul selepas Big Bang, yang merupakan satu letupan, bagaimanapun seharusnya tidak menghasilkan suatu ketertiban. Semua letupan-letupan yang diperhatikan sering membahayakan, menyebabkan huru-hara, dan kemusnahan. Sebagai contoh, letupan bom atom dan hidrogen, letupan api, gunung berapi, gas semulajadi dan solar semuanya ini mempunyai kesan kemusnahan.

Akan tetapi, sekiranya kita diperlihatkan kepada suatu susunan yang amat rapi yang mengekori suatu letupan, maka kita pasti akan menyimpulkan bahawa di sana ada suatu campurtangan kuasa ’supernatural’ di sebalik letupan ini dan bahawa semua serpihan yang bertebaran digerakkan dengan cara yang terkawal.

Kenyataan berikut yang dibuat oleh Sir Fred Hoyle, yang mengakui kesilapannya selepas beberapa tahun berjuang menentang teori Big Bang, menerangkan situasi ini dengan jelas;

Teori Big Bang menyatakan bahawa alam semesta bermula dengan suatu letupan tunggal. Tetapi, letupan hanyalah sekadar memisahkan materi, manakala Big Bang secara misteri menghasilkan suatu kesan yang bertentangan -dengan pembungkusan materi bersama-sama di dalam bentuk galaksi.

Ketika menyatakan bahawa cara Big Bang yang menghasilkan suatu susunan yang bertentangan, dia mentafsirkan Big Bang dengan menyebelahi materialis dan menganggap bahawa ini adalah suatu ‘letupan yang tidak dikawal’. Hakikatnya, bagaimanapun, dia menentang dirinya sendiri dengan membuat kenyatan seperti ini dengan tujuan untuk menyingkirkan kewujudan pencipta, Allah s.w.t. Sekiranya suatu susunan yang rapi timbul sebagai hasil suatu letupan, maka konsep ‘letupan tidak dikawal’ mesti ditolak dan ianya mesti diterima bahawa letupan ini secara luar biasa dikendalikan.

Susunan ini juga benar bagi semua peristiwa-peristiwa selepas Big Bang. Material yang timbul bersama Big Bang adalah dalam bentuk partikel yang kita panggil ‘partikel atom’. Tetapi ini semua – seperti yang dinyatakan oleh Hoyle, secara ‘misteri’ wujud bersama-sama dan membentuk atom-atom di setiap ruang dan di setiap bahagian alam semesta. Tergubah menjadi susunan yang hebat, semua atom ini kemudian membentuk galaksi-galaksi dengan melonggok di bahagian-bahagian tertentu di ruang semesta. Dalam galaksi-galaksi, bintang galaksi ini membentuk bintang-bintang, dan di sekeliling bebintang ini, sistem bintang dan planet pula wujud. Semua jasad-jasad cakerawala ini terbentuk dengan secara luar biasa. Sekiranya kita memikirkan bahawa di sana lebih kurang 300 bilion galaksi di dalam alam semesta, dan 300 bilion bebintang di dalam setiap satu galaksi ini, kita dapat memahami dengan baik ukuran persoalan keluarbiasaan susunan dan keseimbangan ini.

Kesseimbangan Yang Sempurna

Satu lagi aspek susunan yang menakjubkan yang terbentuk di alam semesta yang terhasil dari fenomena Big Bang ialah penciptaan suatu ‘alam semesta yang selamat dihuni’. Syarat-syarat bagi pembentukan suatu planet yang selamat dihuni adalah banyak dan terlalu kompleks yang memustahilkan untuk membuat tanggapan bahawa pembentukan ini adalah sekadar kebetulan.

Paul Davies, seorang profesor terkemuka dalam bidang teori fizik, telah membuat pengiraan bagaimana ‘keseimbangan’ langkah pengembangan selepas Big Bang, dan dia telah mencapai satu kesimpulan yang menakjubkan. Menurut Davies, sekiranya kadar pengembangan alam semesta selepas Big Bang mempunyai nisbah yang kurang, sekali pun satu dari satu bilion darab dengan satu bilion, tidak ada sejenis bintang yang selamat dihuni akan terbentuk;

Pengiraan yang teliti meletakkan kadar pengembangan amat hampir kepada nilai kritikal di antara alam semesta akan kehilangan gravitinya atau akan terus berkembang. Sedikit perlahan maka kosmos akan roboh, sedikit laju maka material kosmik akan bertebaran lebih jauh. Ianya amat menarik untuk bertanya secara tepat bagaimana getirnya kadar pengembangan begitu ‘amat seimbang’ untuk jatuh ke dalam satu garis pemisah di antara dua kemusnahan. Sekiranya pada masa I S (yang mana masa jenis pengembangan telah diiktiraf kukuh) kadar pengembangan berbeza dari nilai sebenarnya melebihi 10-18, ia akan mencukupi untuk melontarkan keseimbangan yang teliti ini. Letupan alam semesta yang bertenaga dengan itu berpadanan dengan ketepatan yang hampir sukar untuk dipercayai kepada kuasa pengravitiannya. Big bang bukanlah, secara pembuktian, sebarang letupan usang, tetapi letupan yang dengan indah mengatur magnitud.

Keseimbangan yang menakjubkan di dalam alam semesta dengan ini diterangkan dalam sebuah majalah saintifik;

Sekiranya kepadatan materi alam semesta terlebih sedikit, maka alam semesta ini, berdasarkan kepada teori relativiti Einstein, akan tidak berkembang disebabkan daya tarikan partikel atom, dan akan roboh semula kepada satu titik. Sekiranya kepadatan pada permulaannya sedikit kurang, maka alam semesta akan berkembang pada kelajuan yang lebih tinggi, dan partikel atom akan gagal untuk terikat dan bertaup antara satu sama lain dan bebintang dan galaksi tidak selamanya akan terbentuk. Secara semulajadi, kita juga tidak akan wujud!!. Berdasarkan kepada pengiraan yang dibuat, perbezaan di antara kepadatan sebenar yang pertama alam semesta dan kepadatan kritikal di balik yang mana di sana tidak ada keserupaan pembentukannya adalah kurang dari satu suku juta yang keseratus. Ini sama seperti meletakkan sebatang pen di hujung matanya dan ia akan tegak berdiri sekalipun setelah satu bilion tahun. Bahkan, keseimbangan ini semakin halus sewaktu alam semesta berkembang.

Ahli fizik terkemuka Prof. Stephen Hawking menyatakan hal ini mengenai keseimbangan di dalam kelajuan pengembangan di dalam bukunya A Brief History of Time:

Sekiranya kadar pengembangan satu saat setelah Big Bang menjadi lebih kecil sekali pun satu bahagian dari satu ratus ribu juta juta, alam semesta pasti akan roboh sebelum ia mencapai saiz yang ada sekarang.

Sebagai sambutan terhadap subjek yang menarik ini, Paul Davies menyatakan:

Ianya amat sukar untuk menentang keindahan bahawa struktur alam semesta yang ada hari ini, secara jelas terlalu sensitif terhadap sebarang perubahan kecil, terlalu berhati-hati untuk dihasilkan …… seolah-olah keselarasan keajaiban nilai-nilai numerik yang ditetapkan oleh alam kepada pemalar asasnya semestinya kekal sebagai bukti yang paling mendesak kepada satu unsur rekaan kosmik.

Dalam perkaitan dengan set fakta-fakta yang sama, seorang professor Astronomi berbangsa Amerika, George Greenstein menulis dalam bukunya The Symbiotic Universe:

Setelah kita perhatikan semua bukti ini, akal berada dalam keadaan mendesak yang timbul bahawa suatu agen luarbiasa – atau, Agen- semestinya terlibat sama. (dalam pembentukan alam semesta).

Kita pasti akan menyimpulkan, apabila kita mengkaji kehebatan sistem yang terdapat di alam semesta, bahawa kewujudan alam semesta dan cara berfungsinya yang amat seimbang rapi dan sebuah susunan yang amat kompleks untuk diterangkan dengan kuasa kebetulan. Sebagai bukti, ianya tidak mungkin bagi keseimbangan dan peraturan (hukum alam) ini untuk terbentuk dengan sendirinya dan dengan kebetulan setelah satu letupan besar. Pembentukan peraturan alam seperti ini yang menyertai satu letupan seperti Big Bang hanya mungkin terjadi sebagai suatu hasil campurtangan yang sedar di setiap peringkat. Ini adalah penciptan Allah, yang mencipta alam semesta dari ketiadaan dan yang mengawal dan menjaganya pada setiap saat.

Kehancuran Materialisme

Semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa dakwaan falsafah golongan materialis yang merupakan dogma abad ke 19 telah dibatalkan oleh sains abad ke 20. Dengan menganggap bahawa setiap sesuatu hanyalah kandungan materi semata, materialisme telah membuat kesilapan besar dengan menafikan kewujudan maha Pencipta yang telah menciptakan zat-zat materi dan mentadbirnya. dengan mendedahkan perancangan yang agung, rekaan dan peraturan yang terdapat di dalam sfera material, sains moden telah membuktikan kewujudan maha Pencipta yang mentadbir sfera material bumi, iaitu Allah. Kehebatan rekaan yang kita temui di dalam alam semesta juga wujud di dalam dunia makhluk hidupan, membawa teori evolusi Darwin yang merupakan penyokong paling kuat materialisme dimusnahkan.

Materialisme yang telah memporak perandakan sebilangan besar umat manusia untuk beberapa abad lamanya, bersembunyi di balik topeng ’sains’ di abad ke 19. Akan tetapi, di abad ke 21 ini, ia akan dikenang sebagai suatu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan sains. Umat manusia membahayakan dirinya sendiri disebabkan kepercayaan khurafat seperti ini sama seperti dunia yang berada di hujung tanduk lembu, atau ianya akan musnah, dan begitu juga akan halnya yang disebabkan oleh materialisme.

INTIPATI SEBENAR KEBENDAAN

Sesiapa yang merenungi alam sekelilingnya dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan akan menyedari bahawa setiap benda di dunia ini -yang hidup atau tidak hidup- pasti telah dijadikan. Jadi persoalannya ialah “siapakah menjadikan semua benda ini?”

Adalah satu bukti bahawa ‘Fakta Penciptaan”, yang mendedahkan dirinya dalam setiap aspek kehidupan, tidak mungkin dapat muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, seekor kumbang tidak mungkin dapat mencipta dirinya sendiri. Sistem solar tidak mungkin dapat menjadikan dan menguruskan dirinya. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, manusia, bakteria, erythrocytes (butir darah merah), atau rama-rama tidak mungkin dapat menjadikan diri mereka sendiri. Kemungkinan semuanya ini telah terbentuk “secara kebetulan” adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Kita akhirnya sampai kepada konklusi berikut: setiap apa yang kita lihat telah di jadikan . Tetapi semua yang kita lihat tidak dapat menjadi “pencipta” kepada dirinya. Pencipta adalah berbeza dan lebih tinggi daripada apa yang kita lihat dengan mata kita, satu kuasa teragung yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudan dan kesannya dapat kita rasai pada setiap benda yang wujud.

Pada ketika inilah mereka yang menafikan kewujudan Allah menjadi ragu-ragu. Mereka mensyaratkan tidak akan mempercayai kewujudan-Nya melainkan sekiranya mereka dapat melihatNya dengan mata mereka sendiri. Golongan ini yang mengetepikan hakikat “kejadian”, terpaksa menolak kebenaran “kejadian” yang jelas yang terdapat di alam semesta ini dan membuktikan bahawa alam semesta dan semua benda hidup di dalamnya tidak dijadikan. Teori evolusi merupakan satu contoh usaha sia-sia mereka ini.

Asas kesilapan mereka yang menafikan kewujudan Allah telah dikongsi bersama oleh ramai orang yang hakikatnya tidak menolak kewujudan Allah tetapi mempunyai persepsi yang salah terhadapNya. Mereka tidak menolak penciptaan, tetapi mempunyai kepercayaan karut terhadap di mana Allah berada. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa Allah berada di atas “langit”. Mereka membayangkan bahawa Allah berada di sebalik sebuah planet yang amat jauh dan sesekali terganggu dengan “perkara-perkara duniawi”. Atau mungkin dia tidak langsung terganggu; Dia menjadikan alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri dan manusia dibiarkan untuk berhadapan dengan takdir mereka sendiri.

Walaupun sesetengah mereka pernah mendengar bahawa di dalam Al-Qur’an telah tertulis bahawa Allah berada “di mana-mana”, tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan maksudnya yang sebenar. Mereka beranggapan Allah berada di sekeliling seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak dapat dilihat.

Bagaimanapun, fahaman dan kepercayaan yang tidak dapat menjelaskan di mana Allah berada (dan mungkin kerana itu mereka menafikanNya), semuanya berasaskan kepada satu kesilapan yang sama. Mereka berpegang kepada satu prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian membawa kepada pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini?

Prejudis ini berkaitan dengan natural dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dilazimkan dengan andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud atau pun hanya sekadar bayangan. Sains moden telah memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan realiti yang sangat penting dan diperlukan. Di dalam helaian berikutnya, kami akan cuba menjelaskan realiti hebat ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an.

Dunia Isyarat Elektrik

Segala maklumat yang kita terima tentang dunia ini telah dihantar kepada kita melalui lima pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah bergantung kepada apa yang mata kita lihat, tangan kita yang menyentuh, hidung kita yang menghidu, lidah kita yang merasa, dan telinga kita yang mendengar. Kita tidak pernah terfikir bahawa dunia “luar” adalah berbeza daripada apa yang disampaikan oleh pancaindera kepada kita, memandangkan kita hanya bergantung kepada pancaindera ini semenjak kita dilahirkan.

Penyelidikan terkini di dalam bidang-bidang sains yang berbeza, bagaimanapun telah menemui satu pemahaman yang berbeza dan menyebabkan keraguan yang serius terhadap pancaindera kita dan dunia yang kita lalui kini.

Permulaan bagi pendekatan ini ialah bahawa kepercayaan kepada satu “dunia luar” yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah respons yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik. Kemerahan epal, kekerasan kayu, begitu juga ibu kamu, ayah, keluarga, dan segala apa yang kamu miliki, rumah kamu, kerja dan barisan-barisan ayat artikel ini hanyalah isyarat elektrik semata-mata.

FrederickVester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa “manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan“, nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini .

Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:

Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang dilihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita ….Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita.

Untuk menjelaskan lagi subjek ini, mari kita kaji pancaindera penglihatan kita yang memberikan kita maklumat-maklumat yang paling ekstensif tentang dunia luar.

Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?

Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini di terima sebagai sebuah imej di pusat ini yang terletak di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.

Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan “saya melihat”, kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan “saya melihat”, kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.

Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya.

Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dngan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin itu, bahagian dalam otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.

R.L.Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan ini:

Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan satu keajaiban.

Situasi yang sama juga berlaku kepada semua pancaindera kita yang lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke otak sebagai isyarat elektrik dan di terima di pusat otak.

Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menhantarnya ke telinga tengah; telinga tengah memancarkan getaran bunyi kepada telinga dalam dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarnya ke isyarat elektrik. Seperti mata, perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran di dalam otak. Otak tidak menerima bunyi seperti mana ia tidak menerima cahaya. Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah amat sunyi.

Namun begitu, walau bunyi yang sangat halus sekali pun dapat di terima di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ini seorang yang sihat dapat mendengar segala-galanya tanpa sebarang bunyi gemersik atau gangguan. Di dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang sesak dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam frekuensi yang luas, daripada bunyi gemersik sehelai daun sehingga desingan sebuah jet. Tetapi, sekiranya tahap bunyi di dalam otak kamu di sukat dengan sebuah alat penyukat yang sensitif pada waktu tersebut, akan didapati ia berada di dalam keadaan yang paling senyap.

Persepsi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanila atau sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di dalam rerambut halus di kawasan epitelium hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas. Tindak balas ini dihantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima sebagai bau. Semua yang kita hidu, yang wangi atau busuk, tidak lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik. Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sendiri sebenarnya tidak pernah mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi, apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek luar sejak kamu dilahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-syarat elektrik yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu.

Biasanya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian lidah depan manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit. Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Isyarat-isyarat ini di terima sebagai rasa oleh otak. Rasa yang kamu dapati ketika memakan sebatang coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak. kamu tidak akan dapat mencapai objek luar, kamu tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus, maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.

Dan di sini satu fakta menarik: kita tidak dapat memastikan persamaan yang kita rasai ketika kita mencuba sejenis makanan dan apa yang orang lain rasa apabila mencuba jenis makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita mendengar suatu bunyi dan apa yang orang lain terima apabila dia mendengar bunyi yang sama. Lincoln Barnett menyatakan bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau mendengar not C seperti yang diterimanya.

Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat -maklumat yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek telah dihantar ke otak oleh saraf deria di atas kulit. Rasa sentuhan terbentuk di otak kita. Bertentangan dengan kepercayaan umum, tempat di mana kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit, tetapi kita menerimanya di dalam pusat sentuhan di dalam otak kita. Hasil daripada tafsiran terhadap simulasi elektrik yang datang daripada objek kepadanya, kita merasa sentuhan yang berbeza mewakili objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, atau kepanasan atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini. Berkaitan dengan fakta ini, dua orang ahli falsafah yang terkenal, B. Russell dan L.Wittgeinstein telah memberikan pendapat mereka seperti berikut:

Sebagai contoh, samada sebiji lemon benar-benar wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud tidak dapat dipersoalkan dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan dengan lidah, sertu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna dan bentuk yang dikesan oleh mata; dan hanya sifat-sifat ini sahajalah yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak akan dapat mengetahui dunia fizik.

Adalah mustahil untuk kita mencapai dunia fizikal. Semua objek-objek di sekeliling kita adalah satu himpunan persepsi seperti melihat, mendengar, dan menyentuh. Dengan memproses data-data di pusat penglihatan dan di pusat-pusat deria yang lain, otak kita, sepanjang hidup, tidak pernah berhadapan dengan kewujudan “asal” yang berada di luar kita tetapi dengan salinan yang terbentuk di dalam otak kita. Pada peringkat inilah, kita tersalah anggap dengan menyangka bahawa salinan-salinan ini adalah benda-benda asal di luar kita.

“Dunia Luar” Di Dalam Otak Kita

Sebagai hasil daripada penyelidikan saintifik fakta fizikal yang telah disebutkan setakat ini, kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut: semua yang kita lihat, sentuh, dengar, dan terima sebagai “benda”,”dunia ini”, atau “alam semesta”, adalah tidak lebih daripada isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak kita

Seseorang yang memakan sebiji buah, sebenarnya tidak berhadapan dengan buah tersebut tetapi dengan persepsinya di dalam otak. Objek yang dianggap sebagai “buah” oleh individu tersebut sebenarnya adalah teraan elektrik di dalam otak yang berkaitan bentuk rasa, bau, dan tekstur buah tersebut. Sekiranya, saraf rasa yang bersambung dengan otak diputuskan secara tiba-tiba, rasa buah tersebut akan hilang secara mendadak. Atau berlaku pemutusan di dalam saraf yang menghubungkan deria di dalam hidung kepada otak, maka ia akan mengganggu deria bau. Ringkasnya, buah tersebut tidak lebih daripada tafsiran isyarat elektrik yang dilakukan oleh otak.

Satu lagi fakta yang perlu diambil kira iaitu deria jarak. Jarak, seperti jarak di antara kamu dengan buku ini, hanyalah satu perasaan kekosongan yang terbentuk di dalam otak kamu. Objek yang kelihatan berjarak pada pandangan seseorang juga wujud di dalam otak. Sebagai contoh, seorang yang melihat bintang-bintang di langit beranggapan bahawa ia terletak berjuta-juta tahun cahaya daripadanya. Tetapi, apa yang “dilihatnya” adalah bintang-bintang di dalam dirinya, di pusat penglihatannya. Apabila kamu membaca barisan ini, kamu sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu jangkakan; tetapi, sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Kamu melihat badan kamu dan menyangka kamu berada di dalamnya. Tetapi kamu perlu ingat bahawa badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di di dalam otak kamu.

Perkara yang sama berlaku kepada semua persepsi kamu yang lain. Misalnya, apabila kamu fikir kamu mendengar bunyi televisyen di bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami bunyi tersebut di dalam otak kamu. Kamu boleh samada membuktikan bahawa terdapatnya sebuah bilik lain di sebelah kamu, atau membuktikan bahawa bunyi tersebut datang dari televisyen di bilik itu. Bunyi yang kamu sangka datang beberapa meter daripada kamu dan perbualan seseorang yang hampir dengan kamu telah diterima di dalam pusat pendengaran yang hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kamu. Di antara ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri, depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kamu dari kanan, kiri, atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya bunyi.

Bau yang kamu terima juga seperti itu; tetapi, seperti imej sekuntum bunga ros di dalam pusat penglihatan kamu, begitu juga bau bunga ros ini di dalam pusat bau kamu: tidak ada bunga ros atau bau yang mewakilinya di luar sana.

“Dunia luar” yang disampaikan kepada kita oleh persepsi kita sebenarnya adalah himpunan isyarat-isyarat elektrik yang sampai ke otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal benda yang wujud di dalam “dunia luar”. Kita tersalah anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui deria-deria kita.

Bahkan, otak kita sebenarnya yang mentafsirkan dan memberikan makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai “dunia luar”. Sebagai contoh, mari kita perhatikan deria pendengaran. Sebenarnya, otak kamu yang mengubah gelombang bunyi di “dunia luar” ini kepada satu simfoni. Dengan kata lain, muzik juga adalah satu persepi yang dicipta oleh otak. Dengan cara yang sama juga, kita melihat warna, apa yang tiba ke mata kita adalah isyarat elektrik daripada jarak-jarak gelombang yang berbeza. Sekali lagi otak kamu yang menukarkannya kepada warna. Tidak ada sebarang warna di dalam “dunia luar”. Samada ada epal merah atau langit biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya untuk menjadi sebegitu. “Dunia luar” bergantung sepenuhnya kepada penerima.

Sedikit kerosakan kecil pada retina mata boleh menyebabkan rabun warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, merah sebagai biru, dan beberapa warna lain sebagai tona-tona kelabu yang berbeza. Pada peringkat ini adalah tidak penting samada objek di luar berwarna atau pun tidak.

Seorang pemikir terkenal, Berkeley menerangkan fakta ini seperti berikut;

Pada mulanya, dipercayai bahawa warna, bau, dan sebagainya adalah”benar-benar wujud”, tetapi kemudiannya pandangan ini telah ditolak, dan didapati bahawa ia hanya wujud bergantung kepada pancaindera-pancaindera kita.

Kesimpulannya, kita melihat satu objek berwarna bukan kerana ia mempunyai warna atau kerana ia mempunyai bahan sokongan kewujudan di luar kita. Benda yang sebenar ialah segala kualiti yang kita gambarkan kepada objek-objek sebenarnya berada di dalam diri kita dan bukannya di “dunia luar”.

Oleh itu, apa yang tinggal pada”dunia luar”?

Apakah Kewujudan “Dunia Luar”Perlu?

Setakat ini kita bercakap berulang kali tentang sebuah”dunia luar” dan sebuah dunia persepsi yang terbentuk di dalam otak kita, yang akhir adalah yang dapat kita lihat. Tetapi memandangkan kita tidak dapat mencapai “dunia luar”, jadi bagaimana kita dapat pastikan bahawa dunia seperti itu benar-benar wujud?

Sebenarnya kita tidak boleh. Memandangkan setiap objek hanyalah satu himpunan persepsi dan persepsi-perspsi ini hanya wujud di dalam minda kita, lebih tepat untuk mengatakan satu-satunya dunia yang benar-benar wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah dunia yang wujud di dalam minda kita: dunia yang dibentuk, dirakamkan dan dijadikan terang di sini; dunia yang dicipta di dalam minda kita. Hanya dunia ini yang kita pasti kewujudannya.

Kita tidak akan dapat membuktikan baahawa persepsi yang kita lihat di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan. Persepsi-persepsi ini mungkin datang daripada sumber-sumber “tiruan”.

Hal ini dapat diperhatikan. Simulasi yang salah dapat menghasilkan di dalam otak kita sepenuhnya bayangan “dunia material”. Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat rakaman yang dapat merakamkan segala isyarat elektrik. Pertama, kita hantarkan semua data-data yang berkaitan dengan sebuah latar (termasuk imej badan) ke alat ini dengan menukarkannya kepada isyarat-isyarat elektrik. Kedua, bayangkan kamu dapat pisahkan otak kamu daripada badan. Akhirnya, kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi sebagai saraf dan menghantar data-data yang telah dirakam ke otak. Pada peringkat ini, kamu akan merasa seolah-olah kamu berada di sebuah latar tiruan. Misalnya, kamu akan mudah mempercayai bahawa kamu sedang memandu laju di lebuh raya. Adalah tidak mustahil untuk memahami bahawa kamu tidak memiliki apa-apa melainkan otak kamu sahaja. Ini adalah kerana apa yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah dunia di dalam otak kamu bukanlah sebuah dunia yang sebenar, tetapi sebuah simulasi. Tidak mustahil simulasi-simulasi ini datangnya daripada sumber tiruan, seperti sebuah perakam.

Berkaitan dengan perkara ini, seorang ahli falsafah sains terulung, Bertrand Russell menulis;

Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita, yang terbentuk, menurut ilmu fizik moden oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di hujung jari kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama, walaupun sebenarnya tidak ada meja.

Adalah amat mudah bagi kita untuk diperdaya di dalam persepsi pasif seperti benar tanpa sebarang material berkaitan. Kita sering mengalami perasaan ini di dalam mimpi-mimpi kita. Di dalam mimpi, kita mengalami peristiwa, melihat manusia, objek dan latar yang kelihatan seperti betul. Akan tetapi, ia tidak lebih daripada persepsi-persepsi .Tidak ada perbezaan asas di antara mimpi dan “dunia sebenar”; kedua-duanya berlaku di dalam otak.

Siapa Penerima

Seperti yang telah kita terangkan setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan kita menggelarnya “dunia luar” telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting: Sekiranya semua peristiwa-peristiwa fizikal yang kita ketahui adalah semata-mata persepsi, bagaimana pula dengan otak kita? Memandangkan otak kita juga adalah sebahagian daripada dunia fizikal seperti tangan, kaki, atau objek-objek lain, ia juga sepatutnya adalah sebuah persepsi, seperti objek-objek lain

Sebuah contoh tentang mimpi dapat menerangkan subjek ini dengan lebih jelas lagi. Mari kita anggapkan kita melihat mimpi di dalam otak kita berdasarkan apa yang telah kita perkatakan setakat ini. Di dalam mimpi kita akan memiliki badan khayalan, tangan khayalan, mata khayalan, dan otak khayalan. Sekira ketika bermimpi kita ditanya, “Di mana kamu melihat?”, kita akan menjawab ,”Saya melihat di dalam otak”. Tetapi, sebenarnya tidak ada otak untuk diperkatakan, tetapi hanya kepala dan otak khayalan, Yang melihat imej tersebut bukannya otak khayalan di dalam mimpi, tetapi satu “kewujudan” yang jauh lebih “tinggi”.

Kita tahu bahawa di sana tidak ada perbezaan fizikal di antara latar sebuah mimpi dan latar yang kita namakan dunia sebenar. Oleh itu, apabila kita ditanya di latar yang kita gelar dunia sebenar soalan di atas, “Di mana kamu melihat”, adalah tidak bererti sekiranya kita menjawab “Di dalam otak saya” seperti dalam contoh di atas. Di dalam kedua-dua keadaan (dunia sebenar dan mimpi), entiti yang melihat dan menerima bukannya otak, yang hanya merupakan selonggok daging.

Apabila otak dianalisis, nampaknya tidak ada pun di dalamnya melainkan molekul-molekul lipid dan protein, yang juga wujud di dalam organisma-organisma lain. Ini bererti di dalam secebis daging yang kita gelar “otak “, tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil “diri sendiri”.

R.L. Gregory merujuk kepada kesilapan masyarakat lakukan berkaitan dengan persepsi imej di dalam otak:

Terdapat satu pandangan yang perlu dijauh, iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya -tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya ……dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil.

Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakah “mata dalaman” yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertindak balas?

Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima:

Sejak zaman Greek, para ahli falsafah telah memikirkan tentang “hantu di dalam mesin”, “manusia kecil di dalam manusia kecil’dan sebagainya. Di manakah “saya”, orang yang menggunakan otaknya? Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui? seperti yang dinyatakan oleh Saint Francis dari Assisi*, kita mengkaji apa yang kita lihat.

*Assisi-nama sebuah bandar di Umbria, kawasan tengah itali, tempat kelahiran st Francis

Sekarang fikirkan: Komputer di depan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya, semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih, dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?

Apabila kita memikirkan persoalan-persoalan ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada deria dalam mencari kehendak di dalam atom. Jelas bahawa kewujudan yang melihat, mendengar, dan merasa adalah melampaui kewujudan kebendaan. Kewujudan ini “hidup”dan ia bukannya kebendaan atau imej kebendaan. Kewujudan ini bersekutu dengan persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.

Kewujudan ini adalah “roh”

Agregat persepsi-persepsi ini yang kita gelar “dunia material” adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita adalah tidak benar, alam semesta yang kita diami dan tubuh badan yang kita miliki juga tidak mempunyai realiti material.

Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mempunyai persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Kewujudan bijak yang menulis dan membaca barisan-barisan ini bukan hanya sebuah himpunan atom-atom dan molekul-molekul -dan reaksi kimia di antaranya -tetapi sebuah” roh”.

Kewujudan Yang Sebenar

Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu, apakah sumber persepsi-persepsi ini?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: Benda tidak mempunyai sebuah kawalan -kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang “tiruan”. Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah di sebabkan oleh kuasa lain,dengan kata lain ia pasti telah dijadikan. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?.

Ini membuktikan dengan jelas kewujudan sang Pencipta yang Agung, yang telah menjadikan seluruh alam material, iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan yang meneruskan penciptaan-Nya tanpa henti. Memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya Dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.

Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan Dirinya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.

Pencipta ini ialah Allah ,dan kitab tersebut ialah Al-Qur’an.

Kenyataan bahawa langit dan bumi ini, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaan-Nya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Sabar, lagi Maha Pengampun. (Surah Fathir:41)

Seperti yang telah kita sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada “di luar” daripada dunia material ini, berada di sebuah tempat yang jauh. Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini.

Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan hanya terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud: Segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada “di mana-mana”dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an seperti berikut:

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang Tetap hidup, yang Kekal Selama-lamanya mentadbir. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah al-Baqarah: 225)

Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam ayat lain seperti berikut:

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu menghadap maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui. (surah al-Baqarah:115)

Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah diciptakanNya di dalam apa juga bentuk. Di dalam Al-Qur’an, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut:

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat segala penglihatan. (surah al-An’aam:103)

Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita, tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran. Kita tidak dapat melafazkan sepatah perkaataan tanpaNya, begitu juga apabila kita menarik nafas.

Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi adalah Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam Al-Qur’an menerangkan realiti ini:

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaff: 16)

Apabila seseorang menyangka bahawa badannya dibina daripada “benda”, dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai “dirinya”, maka kawasan luar yang dianggarkanya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada apa-apa pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, maka konsep luar, dalam, atau dekat, telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia “sangat hampir” kepada mereka.

Allah memaklumkan kepada manusia bahwa Dia adalah “sangat hampir” kepada mereka di dalam ayatnya berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir. (surah al-Baqarah:186)

Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut:

Dan ketika kami wahyukan kepadamu, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia. (surah al-Israa:60)

Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya Allah, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ini di dalam ayat-Nya:

Maka mengapa ketika nyawa sampai kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (surah Al-Waqi’ah:83-85)

Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia tidak menyedari fenomena ini kerana mereka tidak melihatnya sendiri.

Di sudut lain pula, adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih daripada kewujudan khayalan, untuk mempunyai kekuasaan dan kehendak melebihi Allah. Sepotong ayat Al-Qur’an:

Padahal Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu buat itu. (surah As-Saaffat:96)

Di dalam Al-Qur’an realiti ini dinyatakan di dalam ayat;

Dan bukanlah engkau yang melontar ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar. (surah al-Anfal:17)

Ia menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada Allah. Memandangkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka adalah mustahil bagi dirinya untuk melakukan perbuatan melempar itu sendiri. Realitinya, Allah yang menjalankan semua perbuatan. Oleh itu, apabila seseorang yang merasakan perbuatannya adalah milikya, ternyata dia hanya menipu dirinya sendiri.

Inilah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Allah; tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan tentunya penafian yang bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah.

Segala Yang Kamu Miliki Adalah Ilusi

Telah menjadi satu fakta sains dan mantik bahawa “dunia luar” tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah satu himpunan imej-imej yang Allah perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak termasuk atau tidak mahu termasuk di dalam konsep “dunia luar”.

Sekiranya kamu memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kamu akan menyedari bahawa rumah kamu, semua perabot yang berada di dalamnya, kereta kamu – yang mungkin baru dibeli, pejabat kamu, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan, dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan dunia luar ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat, dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di sekeliling adalah sebahagian darpada “dunia khayalan” ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi yang kamu duduki sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman kamu yang subur, komputer yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia……

Ini adalah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej yang dijadikan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam Al-Qur’an :

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan pada sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baik. (surah Ali Imran:14)

Kebanyakan manusia menolak agama mereka ke tepi demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk harta benda yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan kepada dunia ini dan mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan “kecantikan dan keindahan” wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk mendirikan sembahyang, menderma kepada orang-orang miskin, dan mengerjakan ibadat sehingga menyebabkan mereka mara di hari kemudian dan berkata (berdalih) “saya ada kerja lain yang perlu dibuat”, “saya ada idea”, “saya ada tanggungjawab” , “saya tidak mempunyai masa yang mencukupi” , “saya ada perkara yang perlu diselesaikan” , “saya akan melakukannya di kemudian hari”. Mereka menggunakan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. Pemahaman yang salah ini telah dijelaskan di dalam ayat;

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (surah ar-Ruum:7).

Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya fakta bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa megah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan mereka, tubuh-tubuh mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada ilusi. Oleh iu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah dihabiskan, dan perasaan tamak terbukti sebagai tidak berguna.

Kerana itu sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan “kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah-rumah mewah dan tanah” seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka yang terdiri daripada golongan benda yang berjalan mundar-mandir di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta mereka, asyik memperkatakan tentang kekayaan mereka, menyangka bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada orang lain dan asyik merasakan bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, patut memikirkan di manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.

Sebenarnya, pemandangan-pemandangan ini telah dilihat beberapa kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung, dan emas dan perak yang menggunung. Di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai orang, memakai pakaian yang menyebabkan orang lain tertarik dengannya …..Sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan kedudukannya di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang dilihatnya di dalam mimpinya dan apa yang dialaminya di dalam dunia ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya.

Begitu juga bagaimana manusia bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain, serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua di dalam mimpi.

Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah jugalah Pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di dalam Al-Qur’an:

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.(surah An-Nisaa:126)

Adalah suatu kebodohan yang jelas untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan khayalan sehinggah menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkat di syurga.

Pada peringkat ini, satu fakta perlu ditegaskan: bukanlah yang dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan bahawa “segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, semuanya ini tidak beerti”. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah “segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali, tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu”. Seperti yang dapat kamu saksikan terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kenyataan ini.

Walaupun seseorang tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar wujud, tetapi dia akhirnya akan mati dan di hari kemudian dia akan menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah dijadikan. Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.(surah Qaff:22), dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan lebih jelas.Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata:

“Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus; Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; Kuat kuasaku telah binasa dan hilang lenyap dariku”. (surah Al-Haaqqah:27-29)

Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang bijak ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara masih berpeluang. Jika tidak, dia hanya menghabiskan seluruh hidupnya dengan mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat yang mengecewakan. Di dalam Al-Qur’an keadaan orang-orang yang mengejar ilusi-ilusi (atau fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka, telah dijelaskan seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (surah An-Nuur:39)

Kecacatan logik materialis

Pada permulaan bab ini lagi telah dinyatakan bahawa material bukanlah kewujudan yang sebenar seperti yang didakwa oleh para materialis, tetapi sebaliknya ia adalah satu himpunan deria-deria yang Allah jadikan. Para materialis menentang bermati-matian realiti bukti yang akan memusnahkan falsafah mereka dan mengemukakan satu percanggahan yang tidak berasas.

Sebagai contoh, salah seorang pembela falsafah materialistik yang terkenal di abab ke-20, seorang yang bersemangat Marxis, George Politzer, memberikan “contoh bas” sebagai “bukti paling hebat” terhadap kewujudan kebendaan. Menurut Politzer, ahli-ahli falsafah yang menyatakan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi juga tetap melarikan diri apabila melihat bas dan ini merupakan bukti kewujudan fizikal kebendaan.

Apabila seorang lagi materialis, Johnson, diberitahu bahawa kebendaan adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi, beliau cuba “membuktikan” kewujudan fizikal seketul batu dengan menendangnya.

Sebuah contoh yang sama telah diberikan oleh Friederich Engels, mentor bagi Politzer dan pengasas materialisme akliah bersama dengan Marx, yang telah menulis, “sekiranya kek yang kita makan adalah sebuah perseepsi, ia tidak akan dapat menghilangkan kelaparan kita”.

Terdapat beberapa contoh dan kenyataaan seperti “kamu akan memahami kewujudan kebendaan apabila kamu ditempeleng di muka”, di dalam buku-buku para materialis yang terkenal seperti Marx, Engels, Lenin dan lain-lain.

Pemahaman yang salah yang memberi ruang kepada contoh-contoh para materialis ini ialah tafsiran mereka yang menjelaskan “kebendaan sebagai sebuah persepsi” sebagai “kebendaan sebagai satu penipuan cahaya”. Mereka beranggapan bahawa konsep persepsi hanya berkaitan dengan tanda dan persepsi seperti menyentuh yang mempunyai kaitan fizikal. Sebuah bas yang melanggar seorang lelaki menyebabkan mereka berkata: “lihat, ia berlanggar, oleh itu, ia bukannya sebuah persepsi”. Apa yang mereka tidak fahami ialah semua persepsi yang dialami ketika sebuah bas berlanggar seperti kekerasan, pertembungan dan kesakitan adalah terbentuk di otak.

Contoh Mimpi

Contoh terbaik untuk menjelaskan realiti ialah mimpi. Seseorang dapat mengalami satu peristiwa dengan begitu realistik di dalam mimpinya. Dia boleh jatuh daripada tangga dan patah kaki, mengalami kemalangan kereta yang teruk, terperangkap di bawah bas, atau makan kek dan merasa kenyang. Peristiwa-peristiwa yang dialami di dalam kehidupan seharian kita juga dialami di dalam mimpi dengan keyakinan dan perasaaan yang sama kepada kita.

Seorang lelaki yang bermimpi dirempuh oleh sebuah bas mungkin akan terjaga di sebuah hospital yang juga di dalam mimpi dan menyedari bahawa dia telah lumpuh, tetapi ini hanyalah sebuah mimpi. Dia juga mingkin bermimpi bahawa dia telah mati di dalam sebuah kemalangan kereta dan malaikat telah mengambil nyawanya, dan kehidupannya di hari kemudian telah bermula. (Peristiwa ini juga berlaku dengan keadaan yang sama di dalam kehidupan ini, yang hanya merupakan sebuah persepsi sama seperti mimpi.)

Lelaki ini menerima dengan jelas imej, bunyi, rasa kekerasan, cahaya, warna dan semua perasaan yang berkaitan dengan peristiwa yang dialaminya di dalam mimpinya. Persepsi yang diterimanya di dalam mimpi adalah natural sama seperti yang berada di kehidupan “asal”. Kek yang dimakannya di dalam mimpi mengenyangkannya walaupun ia hanyalah sebuah persepsi, kerana merasa kenyang juga adalah sebuah prsepsi. Tetapi, di dalam realiti, lelaki ini sedang berbaring di atas katilnya. Tidak ada tangga, tidak ada trafik, tidak ada bas untuk dilihat. Lelaki yang bermimpi ini mengalami dan melihat persepsi-persepsi dan perasaan-perasaaan yang tidak wujud di dunia luar. Kenyataan bahawa di dalam mimpi, kita mengalami, melihat dan merasa peristiwa tanpa hubungan dengan “dunia luar”, menunjukkan dengan jelas bahawa “dunia luar”hanyalah kandungan persepsi-persepsi

Mereka yang mempercayai falsafah materialis, dan Marxisme akan marah apabila mereka diberitahu tentang realiti ini, iaitu intipati sebenar kebendaan. Mereka akan memetik contoh-contoh daripada pemikiran dangkal Marx, Engels, atau Lenin dan memberikan pengakuan yang emosional.

Bagaimanapun, mereka juga perlu berfikir bahawa mereka juga boleh membuat pengakuan ini di dalam mimipi mereka. Di dalam mimpi, mereka juga boleh membaca “Das Kapital”, menyertai perjumpaan, bertempur dengan polis, dipukul di kepala, bahkan, merasai kesakitan luka tersebut. Apabila mereka ditanya di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka akan merasakan bahawa apa yang telah mereka alami di dalam mimpi juga terdiri daripada “kebendaan”. Tetapi, samada ianya di dalam mimpi atau dalam kehidupan sebenar, segalanya yang mereka lihat, alami, atau rasa hanya terdiri daripada persepsi-persepsi.

Contoh Sambungan Saraf Selari

Ma ci. Fakta ini, yang telah dibuktikan oleh sains abab ke-20 khususnya oleh fizik, menunjukkan dengan jelas bahawa kebendaan tidak mempunyai realiti dan semua orang sebenarnya sedang menonton “monitor di dalam otaknya”.

Semua orang yang mempercayai sains, samada dia seorang Buddha atau seorang ateis, atau siapa sahaja yang berpegang kepadaa pandangan-pandangan lain, perlu menerima kenyataan ini. Seorang materialis mungkin dapat menafikan kewujudan Seorang Pencipta, tetapi dia tidak dapat menafikan realiti saintifik ini.

Ketidakupayaan Karl Marx, Friederich Engels, George Politzer dan mereka yang lain di dalam memahami satu fakta yang ringkas dan jelas ini masih amat mengejutkan walau pun tahaf pemahaman dan keupayaan sains pada zaman mereka masih tidak mencukupi. Pada zaman kita, sains dan teknologi telah maju dan penemuan-penemuan terkini telah membuatkan ianya mudah untuk memahami fakta ini. Sebaliknya, materialis merasa amat takut untuk memahami fakta ini, kerana mereka sedar bagaimana ia akan memusnahkan falsafah mereka.

Ketakutan Materialis

Untuk beberapa ketika, tidak ada jawapan balas yang bersungguh-sungguh datang daripada golongan materialis Turki menentang subjek seperti yang dibentangkan di dalam ini, iaitu, kenyataan bahawa kebendaan hanyalah sebuah persepsi. Ini menyebabkan kami merasakan mereka masih belum jelas dengan tujuan kami dan ia memerlukan penjelasan yang lebih terang. Tetapi, tidak berapa lama kemudian, telah terbukti para materalis tidak merasa senang dengan populariti subjek ini dan lebih daripada itu, merasa amat takut dengan perkara ini.

Untuk beberapa lama, para materialis telah mengumumkan ketakutan dan perasaan panik mereka di dalam penerbitan, persidangan dan panel anjuran mereka. Hasutan dan hujah-hujah mereka yang tidak bermaya menunjukkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis intelektual yang parah. Kemusnahan secara saintifik teori evolusi, yang menjadi asas falsafah mereka, telah memberikan kejutan yang bersangatan kepada mereka. Sekarang mereka menyedari bahawa mereka sendiri telah mula kehilangan kebendaan itu sendiri, yang merupakan tulang belakang mereka yang lebih hebat daripada Darwisnisme, dan mereka telah mengalami kejutan yang paling dahsyat. Mereka mengisytiharkan isu ini sebagai “ancaman terbesar’” kepada mereka dan ia akan “memusnahkan penipuan kultur mereka”.

Salah seorang yang menunjukkan perasaan kebimbangan dan panik golongan materialis dengan cara yang paling jelas ialah Renan Pekunlu, seorang ahli akademik dan penulis Bilim ve Utopa (Sains dan Utopia) yang menyeru tanggungjawab untuk mempertahankan materialisme. Di dalam artikel yang ditulisnya Bilim ve Utopya dan panel yang disertainya, Pekuntu mengemukakan buku Evolution Deceit sebagai ancaman nombor satu kepada materialisme. Apa yang merisaukan Pekuntu lebih daripada bab yang membatalkan Darwinisme ialah bahagian yang sedang kamu baca ini, Kepada para pembaca dan (beberapa) audiens, Pekunlu menyampaikan pesanan “jangan biarkan diri kamu hanyut dengan pendoktrinan idealisme dan tetapkan kepercayaan kamu kepada materialisme”, dan menunjukkan Vladimir I. Lenin, ketua revolusi berdarah Rusia, sebagai rujukan. Menasihatkan siapa sahaja supaya membaca buku lama Lenin bertajuk Materialism and Empirio-Critism, apa yang dilakukan oleh Pekunlu ialah mengulangi semula kenyataan Lenin “jangan fikirkan isu ini, atau kamu akan kehilangan jejak materialisme dan dihanyutkan oleh agama”. Di dalam sebuah artikel yang ditulisnya di dalam terbitan awal, beliau telah memetik ayat-ayat berikut daripada Lenin:

Sekali kamu menafikan realiti objektif, yang memberikan kita persepsi, kamu telah pun kehilangan segala senjata untuk menentang fideisme*, apabila kamu telah tergelincir kepada agnostisme* atau subjektivisme*- dan itulah yang fideisme perlukan. Satu cangkuk tersangkut, dan burung akan terlepas. Dan Marchist kita telah terjebak di dalam idealisme, iaitu, di dalam cecair fideisme yang bijak; mereka jadi terjebak apabila mereka mengambil “persepsi” bukan sebagai imej dunia luar tetapi sebagai satu “elemen” khas. Ia bukan persepsi sesiapa, bukan minda sesiapa, bukan roh sesiapa bukan kehendak sesiapa.

Kenyataan ini menunjukkan fakta yang Lenin telah sedari dan ingin membuangnya daripada mindanya dan minda “rakan-rakan” nya menggangu golongan materialis kini di dalam cara yang sama. Bagaimanapun, Pekunlu dan para materialis lain menghadapi kesedihan yang hebat; kerana mereka menyedari bahawa fakta ini kini telah menjadi lebih jelas, pasti dan meyakinkan berbanding 100 tahun dahulu. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah dunia, subjek ini telah dijelaskan dengan cara yang paling menarik.

Walaubagaimanapun, gambaran asasnya ialah bahawa sejumlah besar para materialis masih mengambil kedudukan yang dangkal menentang kenyataan bahawa “kebendaan tidak lebih daripada ilusi”. Subjek yang dijelaskan di dalam bab ini merupakan subjek paling penting dan paling menarik yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya. Tidak ada peluang bagi mereka untuk berdepan dengan sebuah subjek yang begitu genting sebelum ini. Tetapi, reaksi saintis-saintis atau gaya yang mereka gunakan di dalam ucapan-ucapan dan artikel-artikel mereka masih menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pemahaman mereka.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa reaksi sebahagian materialis di dalam subjek yang dibincangkan di sini menunjukkan bagaimana ketaksuban mereka terhadap materialisme telah melemahkan pemikiran logik mereka dan kerana inilah, mereka masih tidak dapat memahami subjek ini. Sebagai contoh Alaattin Senel yang juga seorang ahli akademi dan seorang penulis Bilim ve Utopya, memberikan isyarat yang sama dengan Renan Pekunlu dengan mengatakan “lupakan tentang kemusnahan Darwinisme, ancaman sebenar ialah yang ini”, dan membuat tuntutan seperti berikut “jadi buktikan apa yang kamu katakan” tanpa menyedari falsafahnya sendiri tidak mempunyai sebarang asas. Apa yang lebih menarik lagi ialah penulis ini sendiri telah menulis kenyataan-kenyataan yang menunjukkan bahawa dia tidak dapat mamahami fakta ini yang dianggapnya sebagai sebuah ancaman.

Contohnya, di dalam sebuah artikel yang membincangkan secara eksklusif subjek ini. Senel menerima bahawa dunia luar diterima di dalam otak sebagai suatu imej. Bagaimanapun, dia kemudian mendakwa bahawa imej-imej telah terbahagi kepada dua seperti seorang yang mempunyai hubungan fizikal dan seorang yang tidak mempunyainya. Untuk menyokong dakwaannya, dia memberikan “contoh telefon”. Ringkasnya, dia menulis: “saya tidak tahu sama ada imej di dalam otak saya berhubung dengan dunia luar atau tidak, tetapi perkara yang sama berlaku ketika saya bercakap di dalam telefon. Apabila saya bercakap di dalam telefon, saya tidak dapat melihat orang yang sedang bercakap dengan saya tetapi saya dapat meyakinkan perbualan ini apabila saya bertemu dengannya kemudian.”

Dengan berkata demikian, penulis ini sebenarnya maksudkan begini: “sekiranya kita meragui persepsi kita, kita boleh melihat kebendaan itu sendiri dan memeriksa kebenarannya”. Tetapi, ini adalah satu bukti yang tersalah konsep kerana adalah mustahil bagi kita untuk mencapai kebendaan itu sendiri. Kita tidak akan keluar daripada minda kita dan mengetahui apa yang ada “di luar”. Sama ada suara di dalam telefon tersebut mempunyai hubungan atau tidak dapat dipastikan oleh orang yang berada di telefon. Bagaimana pun, kepastian ini juga adalah khayalan-khayalan yang dialami oleh minda.

Lagi pun, mereka juga dapat mengalami perkara yang sama di dalam mimpi-mimpi mereka. Sebagai contoh, Senel mungkin melihat di dalam mimpinya bahawa dia sedang bercakap di telefon dan kemudian memastikan perbualan tersebut dengan orang yang bercakap dengannya. Atau mungkin Pekunlu di dalam mimpinya merasa berhadapan dengan “satu ancaman yang serius”dan menasihatkan orang ramai supaya membaca buku-buku lama Lenin. Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, materialis-materialis ini tidak akan dapat menafikan kenyataan bahawa peristiwa-peristiwa yang mereka alami dan orang-orang yang mereka berbual dengannya di dalam mimpi mereka adalah tidak lebih daripada persepsi-persepsi.

Jadi, kepada siapa seseorang dapat meyakinkan sama ada imej-imej di dalam otaknya mempunyai kaitan atau tidak? Kepada kewujudan bayangan di dalam otaknya lagi? Tidak diragukan lagi, adalah mustahil bagi para materialis untuk mencari satu sumber maklumat yang dapat menghasilkan data-data berkaitan dengan otak dan meyakinkannya.

Dengan menganggap bahawa semua persepsi telah terbentuk di dalam otak tetapi mendakwa bahawa seseorang itu dapat melangkah “keluar” daripadanya, menunjukkan bahawa kapasiti perseptif orang tersbut amat terhad dan dia mempunyai pemikiran yang menyeleweng.

Bagaiamanapun, fakta yang diberitahu di sini dapat difahami oleh seorang yang mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang normal. Setiap orang yang saksama akan mengetahui, berkaitan dengan apa yang telah kami sebutkan, bahawa adalah mustahil untuk dirinya menguji kewujudan dunia luar dengan pancainderanya. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka yang taksub dengan materialisme telah memesongkan kapasiti pemikiran manusia. Kerana itulah, para materialis kini menunjukkan kecacatan logikal yang parah seperti mana mereka membimbing mereka dengan cuba “membuktikan” kewujudan kebendaan dengan menendang batu dan makan kek.

Perlu disebutkan di sini bahawa ini bukannya sebuah situasi yang memeranjatkan; kerana, ketidakupayaan untuk memahami merupakan sifat semula jadi orang-orang yang tidak beriman. Di dalam Al-Qur’an, Allah menerangkan akan terdapatnya “kaum yang tidak berakal” seperti di dalam ayat:

Dan apabila kamu menyeru untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal. (surah Al-Maidah:58)

Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

Keadaan panik telah merebak di kalangan golongan materialis Turki seperti contoh-contoh yang telah kita berikan yang menunjukkan bahawa golongan materialis kini sedang berhadapan dengan kekalahan yang tidak pernah mereka alami sepanjang sejarah. Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan oleh sains moden dan ia telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, jujur dan bertenaga. Apa yang tinggal pada para materialis ini ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini secara membuta tuli dan bergantung dengannya.

Di dalam sejarah kemanusiaan, pemikiran materialis sentiasa wujud. Di sebabkan terlampau yakin dengan diri mereka dan falsafah yang mereka anuti, mereka telah memberontak menentang Allah yang telah menjadikan mereka. Senario yang mereka aturkan ini mempertahankan bahawa kebendaan tidak mempunyai permulaan dan penamat, dan semua ini tidak mungkin ada seorang pencipta. Ketika mereka menafikan Allah hanya kerana keangkuhan mereka, mereka beralih kepada kebendaan yang mereka kira mempunyai kewujudan yang sebenar. Mereka terlalu meyakini falsafah ini sehingga mereka menyangka adalah mustahil untuk mengemukakan satu contoh yang bertentangan dengannya.

Kerana itulah fakta-fakta yang disebutkan di dalam ini yang mengandungi natural kebendaan sebenar telah mengejutkan mereka. Apa yang telah disebutkan di sini telah memusnahkan asas falsafah mereka dan tidak meninggalkan sebarang asas untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan mereka, kehidupan, keangkuhan, dan penafian, telah musnah secara mendadak. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan tidak ada?

Di antara sifat-sifat Allah ialah perencenaanNya menentang orang-orang yang tidak beriman, Ia disebutkan di dalam ayat berikut:

“mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya” (surah Al-Anfal:30)

Allah memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa bahawa kebendaan itu wujud dan dengan itu ia telah memalukan mereka dengan cara yang tidak disedari. Materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, meningkatkan keangkuhan mereka menentang Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil terhadap rasa ketidakpercayaan mereka. Ketika melakukannya, mereka bergantung penuh kepada kebendaan. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah mengumumkan kenyataan yang dialami oleh orang-orang kafir ini sebagai kesan kepada kebodohan mereka:

bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. (surah At-Tur:42)

Ini merupakan kekalahan paling besar di dalam sejarah. Apabila keangkuhan mereka makin meningkat, materialis telah diperdaya dan mengalami kekalahan yang teruk di dalam peperangan yang mereka aturkan untuk menentang Allah dengan mengemukakan sesuatu yang ganjil untuk menentang-Nya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (surah Al-Anaam:123)

Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (surah Al-Baqarah:9)

Apabila orang-orang kafir berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebutkan di dalam ayat di atas “mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya”. Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah khayalan yang direka untuk diterima oleh mereka, dan segala komplot yang mereka aturkan adalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti juga dengan perbuatan-perbuatan mereka yang lain. Kebodohan mereka telah menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian dengan Allah dan, oleh itu, mereka terperangkap di dalam pelan jahat mereka sendiri.

Seperti orang-orang kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup kini juga menghadapi realiti yang akan menghancurkan perancangan-perancangan jahat mereka hingga ke dasarnya. Di dalam ayat;

…..kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.(Surah An-Nisaa:76)

Allah telah menjelaskan bahawa komplot ini telah pun musnah sejak hari ia direncanakan, dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman di dalam ayat;

“Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun”. (surah Ali Imran:120)

Di dalam ayat lain pula Allah menegaskan;

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fartamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (surah An-Nuur:39)

Materialisme juga telah menjadi “fatamorgana”untuk penderhakan seperti yang disebutkan di dalam ayat ini; apabila mereka mendapatkannya, mereka dapati ia hanyalah sebuah ilusi. Allah telah menipu mereka dengan sebuah fatamorgana, dan memperdayakan mereka untuk menerima seluruh himpunan imej-mej ini sebagai benar. Semua orang-orang yang “mulia” ini, profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan semua yang lain tidak mengira darjat dan kedudukanmereka telah tertipu seperti kanak-kanak dan telah dimalukan kerana mengambil kebendaan sebagai tuhan. Mendakwa himpunan -himpunan imej-imej sebagai benar, mereka telah meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya, terlibat di dalam perbincangan -perbincangan yang serius, dan diterima sebagai wacana “intelektual’ terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan satu argumen tentang kebenaran alam semesta dan, lebih penting, mereka bertelagah tentang Allah dengan kebijaksanaan mereka yang terhad. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:

Dan orang-orang  itu pun merancangka tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. (surah Ali Imran :54)

Mungkin kita dapat melepaskan diri daripada beberapa komplot; tetapi, perancangan Allah menentang orang-orang kafir adalah sangat kemas sehinggakan tidak ada jalan keluar bagi mereka. Tidak kira apa yang mereka lakukan atau kepada sesiapa mereka merayu, mereka tidak akan dapat menemui seorang pun pembantu selain daripada Allah seperti yang Allah ingatkan di dalam Al-Qur’an:

“Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun -selain daripada Allah-yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.”(surah An-Nisa:173)

Materialis tidak pernah menyangka akan terjatuh ke dalam perangkap seperti itu. Memiliki semua perolehan abab ke 20 untuk kegunaan mereka, mereka menyangka akan dapat meningkatkan kedegilan mereka di dalam penafian mereka dan mengheret manusia untuk kufur. Mentaliti orang-orang kafir ini dan penyudah mereka telah digarapkan seperti berikut di dalam Al-Qur’an:

Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. (surah An-Naml:50-51)

Ayat ini memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala yang mereka miliki adalah sebuah ilusi, oleh itu apa yang mereka miliki akan musnah. Seperti mana mereka meyaksikan harta-harta mereka, kilang-kilang, emas, wang ringgit, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan, dan status, sehinggakan tubuh badan mereka, apa yang mereka sangka wujud telah tergelincir jatuh daripada tangan mereka, mereka telah “hancur” seperti yang disebutkan di dalam ayat ke -51 surah An-Naml. Pada peringkat ini, yang ada bukanlah kebendaan tetapi hanya roh.

Tidak diragui lagi, menyedari hakikat ini merupakan perkara yang paling menakutkan kepada materialis. Kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi, adalah sama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, “mati sebelum mati” di dunia ini.

Fakta ini meninggalkan mereka hanya dengan Allah, seperti di dalam ayat Al-Qur’an:

“biarkan Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri’ (surah Al- Muddathir:11)

Allah menegaskan kepada kita bahawa setiap manusia sebenarnya bersendirian dalam kehadiran-Nya. Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu ….(surah Al-An’aam:94)

Dan mereka masing-masing akan datang manghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. (surah Maryam:95)

Dengan kata lain, ayat-ayat di atas memberi makna: orang yang mengambil kebendaan sebagai tuhan mereka telah datang daripada Allah dan kembali kepada-Nya. Mereka terpaksa menyerah ketentuan mereka kepada Allah sama ada mereka akur atau tidak. Kini mereka sedang menanti hari perhitungan di mana semua orang akan dipanggil untuk dihisab. Walau betapa keras sekali pun mereka enggan untuk memahaminya …….

Konklusi

Subjek yang kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material sebenarnya adalah sebuah “kewujudan khayalan”, subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan untuk memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.

Mereka yang memahami subjek ini menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang. Dunia ini disangkakan oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di jalan-jalan, mereka terlibat di dalam pergaduhan di pub-pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di café mewah, mereka yang bermegah dengan harta benda mereka, atau mereka yang memperuntukan hidup mereka untuk tujuan yang kosong. Dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Semua mereka yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka: tetapi mereka tidak menyedarinya.

Konsep ini amat penting untuk meruntuhkan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah dan menyebabkan ia binasa. Kerana itulah golongan materialis seperti Karl Marx, Engels dan Lenin merasa panik, meradang dan mengingatkan pengikut-pengikut mereka supaya “tidak memikirkan” konsep ini apabila ia di beritahu kepada kamu. Tambahan pula, mereka ini berada pada keadaan kelemahan mental sehinggakan mereka tidak dapat memahami kenyataan bahawa persepsi terbentuk di dalam otak. Mereka mendakwa dunia yang mereka lihat di dalam otak adalah “dunia luar” dan mereka tidak dapat memahami bukti-bukti jelas yang bertentangan dengannya.

Ketidaksedaran ini disebabkan oleh kelemahan akal yang Allah timpakan ke atas orang-orang kafir. Seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur’an, orang-orang kafir ini ;

“Mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (surah Al-A’raf:179)

Kamu dapat menjelajah melangkaui peringkat ini dengan menggunakan kuasa ta’amul kamu sendiri. Untuk itu, kamu perlu memberi tumpuan, kekal dengan perhatian kamu, dan fikirkan cara kamu melihat objek skeliling kamu dan bagaimana kamu merasa sentuhan mereka. Sekiranya kamu memikirkan dengan teliti, kamu akan dapt merasai kewujudan bijak yang melihat, mendengar, menyentuh, memikirkan, dan membaca ini pada ketika ini hanyalah roh dan melihat persepsi-persepsi yang digelar “kebendaan” pada sebuah skrin. Sesipa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (wahdatul wujud).

Realiti ini telah difahami oleh sejumlah teis*atau ahli-ahli falsafah sepanjang sejarah. Intelektual Islam seperti Imam Rabbani, Muhyiddin Ibnu Arabi dan Mawlana Jami menyedari kenyataan ini berdasarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur’an dan dengan menggunakan kekuatan pemikiran mereka. Beberapa ahli falsafah Barat seperti George Berkeley telah mencapai realiti yang sama melalui pemikirannya. Imam Rabbani menulis di dalam buku beliau Maktubat bahawa seluruh alam material ini adalah sebuah “ilusi” dan andaian (persepsi)’ dan sesungguhnya kewujudan yang sebenar ialah Allah:

Allah…..Intipati kewujudan ini yang dijadikan-Nya daripada tiada….. Dia menjadikanya segalanya dalam lingkungan deria dan ilusi…… Kewujudan alam ini adalah pada lingkungan deria dan ilusi, dan ia bukannya material…..Sebenarnya, tidak ada yang lain di luar sana melainkan Kewujudan Yang Agung (iaitu Allah).

Imam Rabbani menyatakan dengan jelas bahawa segala imej yang diperlihatkan kepada manusia hanyalah sebuah ilusi, dan mereka bukannya asal di dalam “dunia luar”:

Lingkungan khayalan-khayalan ini telah digambarkan di dalam bentuk imaginasi. Ia kelihatan lebih luas daripada apa yang digambarkan . Tetapi dengan mata minda. Di luar sana, ia kelihatan seolah-olah ia dilihat dengan mata kepala. Tetapi, sebenarnya tidak. Ia mempunyai sama ada reka bentuk atau lekapan di luar. Tidak ada keadaan untuk dilihat. Seperti juga pantulan wajah seseorang di cermin. Tidak ada konstansi di luar. Tidak dapat diragui lagi, kedua-dua konstansi dan imej ini berada di dalam IMAGINASI. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Mawlana Jami menyatakan kenyataan yang sama yang didapatinya berdasarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur’an dan dengan menggunakan akal fikirannya:“segalanya di dunia ini adalah deria-deria dan ilusi-ilusi. Ia adalah seperti refleksi di depan cermin atau bayang-bayang”.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang memahami fakta ini sepanjang sejarah adalah amat terhad. Cendekiawan hebat seperti Imam Rabbani mencatatkan bahawa mungkin agak sukar untuk memberitahu fakta ini kepada masyarakat kerana ramai yang tidak dapat memahaminya.

Pada zaman kita ini, fakta ini telah diempiriskan oleh bukti-bukti yang dikemukakan oleh sains. Kenyataan bahawa alam ini adalah sebuah kewujudan bayangan telah digarapakan dengan cara yang sangat konkrit, jelas dan terang untuk pertama kalinya di dalam sejarah.

Oleh itu, kurun ke -21 akan menjadi suatu ‘turning-point’ apabila manusia akan dapat memahami realiti-realiti ketuhanan dan terarah untuk menuju kepada Allah, satu-satunya Kewujudan . Pada abab ke -21 ini, ialah untuk pegangan materialistik abab ke-19 ditolak ke dalam tong sampah sejarah. Kewujudan dan ciptaan Allah akan dapat dicapai, fakta-fakta seperti ruang kosong dan masa sifar akan dapat difahami, manusia akan membebaskan diri mereka daripada kelubung kekunoan, penipuan dan khurafat yang mengelilingi mereka.

Adalah mustahil untuk hala tuju ini disekat oleh sebarang kewujudan bayangan.

RELATIVITI MASA DAN HAKIKAT TAKDIR

Semua yang telah diterangkan sebelum ini menunjukkan sebuah “ruang tiga-dimensi” sebenarnya adalah tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasi oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam “ruang kosong”. Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab musabab dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga-dimensi yang sah.

Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan karut seperti yang pertama juga.

Persepsi Masa

Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode perbandingan satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi “masa” dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, tidak akan ada yang dipanggil persepsi masa.

Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah billik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.

Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya sesorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami suatu “ketika” yang sedang di diami kini.

Penjelasan Saintifik Ruang Kosong

Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan berkut di dalam bukunya Le Jeu Des Possibles (The Possible and the Actual):

Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya bertundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air. Tetapi, di dalam sebuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemprosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat berfungsi secara songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini.

Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristwa tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia adalah relatif sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.

Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad ke-20, Albert Einstein, Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya the Universe and Dr Einstein:

Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai suatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan aturan objek-objek material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik, melalui perkataan Einstein sendiri. “Pengalaman seorang individu”, menurut Einstein, “muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa“; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat “awal” dan “kemudian”. Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor yang meggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal.

Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: Ruang dan masa adalah intuisi, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz, Menurut Teori Asas Relatif: “Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran“.

Memandangkan masa mengandungi persepsi ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah relatif.

Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semulajadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: “Seperti mana warna tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya”.

Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.

Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan tidak akan mempunyai erti.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-oalah ia berada pada tahap “berhenti”.

Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua orang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia tiga tahun; maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.

Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah latar yang masa menjadi singkat, degupan jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.

Relativiti Di Dalam Al-Qur’an

Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah perspsi yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam Al-Qur’an 14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalan Al-Qur’an berkaitan dengan relativiti masa.

Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Qur’an:

hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal hanya sebentar. (surah Al-Isra:52)

Dan masa Tuhan himpunkan mereka, dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk. (surah Yunus:45)

Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

Allah bertanya lagi: “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab: kami tinggal selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini. (surah Al-Mukmunun:112-114)

Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:

Dan mereka meminta kepada kamu menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (surah Al-Hajj:47)

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahan-Nya pada satu masa yang adalah tempohnya sungguh panjang,  (surah Maarij:4)

Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyatan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abab ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Qur’an, merupakan tanda bahawa Al-Qur’an telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.

Banyak kenyataan-kenyataan di dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini, sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi. Sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebut di dalam Al-Qur’an, berada di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tertidur;

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup  (surah Al-Kahfi:11-12)

Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka, supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “berapa lama kamu tidur?” mereka menjawab : “kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh; dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau. (surah Al-Kahfi:19)

Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:

Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata : “Bagaimana Allah akan menghidupkan negeri ini sesudah matinya? “lalu ia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “berapa lama engkau tinggal? “Ia menjawab: “Aku telah tinggal sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu, dan Kami menjadikan engkau sebagai tanda bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging”. Maka apabila telah jelas kepadanya, berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.(surah Al-Baqarah:259)

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan masa dan juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh masa yang Allah memerintahnya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak (seperti yang para materialis lakukan di dalam mentaliti mereka yang lemah), adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Takdir

Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti masa boleh berubah sehingga satu period masa yang kelihatan berbilion tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam dimensi lain. Taambahan pula, satu jangka masa yang besar berkembang daripada permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin tidak tinggal walau sesaat melainkan hanya sedetik di dalam dimensi lain.

Ini adalah intipati sebenar konsep takdir- sebuah kosep yang tidak dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimanapun, “peristiwa-peristiwa yang belum berlaku” belum berlaku kepada kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya. Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat.

Lincoln Barnett menjelaskan bagaimana Teori Asas Relatif memandu kita kepada hakikat di dalam buku the Universe and Dr Einstein: menurut Barnett,cakerawala ini dapat “dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu kebijaksanaan kosmik” Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai “kebijaksanaan kosmik” adalah kebijaksanaan dan ilmu Allah, yang menguasai seluruh alam. Sebagai mana kita dapat melihat dengan mudah seorang pemerintah yang awal, pertengahan dan yang terakhir, dan segala unit yang di antaranya, semuanya, Allah mengetahui waktu kita hidup seperti satu detik daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Manusia hanya mengalami kemalangan apabila masanya sampai dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.

Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah terhadap takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan “takdir” kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir-takdir ini boleh diubah oleh mereka. Contohnya, apabila seseorang pesakit hidup semula masyarakat akan beranggapan bahawa “dia telah menewaskan takdirnya”. Tetapi, sebenarnya tidak ada orang yang dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula itu sebenarnya tidak mati kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian juga takdir mereka yang menipu diri mereka dengan menyatakan “saya telah menewaskan takdir saya”, dia juga telah ditakdirkan untuk berkata demikian dan mempertahankan pemikiran tersebut.

Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam Al-Qur’an bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam Al-Qur’an di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah; kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu. Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal; dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun. (surah Az-Zumar:68-69)

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,….. (surah Az-Zumar:71)

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan ……. (surah Az-Zumar:73)

Ayat-ayat lain yang membincangkan subjek ini:

Dan datanglah tipa-tiap orang, disertai pembawa, dan saksi. (surah Al-Qaf:21)

Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput  (surah Al-Haaqah:16)

Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin, mereka tidak nampak di situ adanya matahari, dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (surah Al-Insan:12-13)

Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (surah An-Nazi’at:36)

Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (surah Mutaffifiin:34)

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (surah Al-Kahfi:53)

Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur’an. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:

Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur’an dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (surah Yunus:61)

Kebimbangan Materialis

Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya landasan sebenar kebendaan, masa sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah atau sebuah pemikiran, tetapi adalah sebuah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi. Di samping ia juga adalah sebuah kenyataan yang teknikal, bukti-bukti rasional dan logik juga tidak memberikan alternatif lain ke atas isu ini: cakerawala ini adalah sebuah ilusi keseluruhannya bersama semua benda yang di dalamnya dan manusia yang tinggal di dalamnya. Ia adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi.

Para materialis merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai contoh, sekiranya kita berbalik kepada contoh bas Politzer: walau pun Politzer secara teknikalnya mengetahui bahawa dia tidak dapat melangkah keluar daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya di dalam beberapa keadaan. Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa hanya berlaku di dalam otak sehinggakan pelanggaran bas, tetapi apabila perlanggaran ini berlaku, segalanya akan keluar daripada otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan logikal pada peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan yang sama telah dilakukan oleh golongan materialis lain seperti seorang falsafah materialis Johnson yang menyatakan “saya menyepak batu, kaki saya sakit, oleh itu ia wujud” dan dia tidak dapat memahami bahawa kejutan yang dialami selepas impak bas tersebut juga adalah sebuah persepsi.

Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat memahami subjek ini adalah kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka temui jika mereka memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek ini telah labelkan sebagai “tidak boleh dikaji”oleh sebahagian saintis:

Bersama dengan reduksi ahli-ahli falsafah bahawa semua realiti objek adalah sebuah bayangan -dunia persepsi, saintis telah menyedari keterbatasan deria-deria manusia.

Sebarang rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi akan menambahkan ketakutan kepada seorang materialis, kerana ia adalah satu-satunya kepercayaan yang diyakininya sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya telah mengambilnya sebagai idola untuk disembah, kerana dia menyangka dia telah diciptakan oleh kebendaan dan masa (melalui evolusi).

Apabila dia merasakan bahawa alam yang disangka dia tinggal di dalamnya, dunia ini, tubuhnya sendiri, orang lain, para ahli falsafah lain yang dia terpengaruh dengan idea-idea mereka, dan ringkasnya, segalanya, adalah sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan oleh kengerian semua ini. Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai, dan mencari jalan keluar kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba. Dia merasakan putus asa seperti mana yang akan di alaminya di Hari perhitungan di dalam keadaan yang sebenar seperti yang telah disebutkan di dalam ayat:

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan. (surah An-Nahl:87)

Oleh itu, materialis ini cuba meyakinkan dirinya sendiri pada realiti kebendaan, dan mereka-reka “bukti” seperti; melagakan penumbuknya ke dinding, menendang batu, menjerit, berteriak, tetapi mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada realiti.

Seperti mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda mereka, mereka juga mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka juga menyedari sekiranya hakikat semula jadi kebendaan diketahui umum secara keseluruhanya, keprimitifan falsafah mereka dan penipuan mereka kepada dunia akan didedahkan, dan tidak akan ada lagi landasan yang tinggal yang membolehkan mereka merasionalkan pandangan mereka. Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa mereka merasa amat terganggu dengan fakta-fakta yang disampaikan di sini.

Allah menyatakan bahawa ketakutan orang-orang kafir ini akan dilihat di hari akhirat kelak. Di hari perhitungan, mereka akan disapa seperti berikut:

Dan, hari Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: “manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan?”. (surah Al-Anaam:22)

Kemudian, orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka, anak-anak dan golongan-golongan yang rapat dengan mereka yang mereka anggap sebagai benar dan menganggapnya sebagai saingan kepada Allah, meninggalkan mereka dan musnah. Allah mengkhabarkan berita ini di dalam ayat:

Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan itu. (surah Al-Anaam:24)

Keuntungan Orang-Orang beriman

Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula berlaku kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira apabila mengetahui rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini adalah kunci kepada semua persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia akan terbuka, seseorang akan dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya sebelum ini.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga, neraka, hari akhirat, perubahan dimensi, dan persoalan-persoalan penting seperti, “di mana Allah?”, “apakah benda sebelum Allah?”, “siapa yang menjadikan Allah?”, “berapa lamakah kehidupan di alam barzakh berlangsung?”, “Di manakah syurga dan neraka?”, dan “di manakah syurga dan neraka berada kini?”, semuanya akan dapat dijawab dengan mudah. Akan dapat difahami dengan sistem apakah yang Allah gunakan untuk menjadikan seluruh alam daripada tiada. bahkan, dengan rahsia ini, persoalan “bila”, dan “di mana” tidak akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak akan ada masa dan ruang yang tinggal. Apabila ruang kosong difahami, maka akan dapat difahami bahawa neraka, syurga, dan bumi sebenarnya berada pada tempat yang sama. Sekiranya masa sifar difahami, maka aka dapat difahami bahawa segalanya berlaku pada waktu yang sama; tidak ada apa yang dinantikan dan masa tidak bergerak, kerana segalanya telah sedia berlaku dan berakhir.

Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga kepada orang yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan, kerisauan, dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa hanya ada seorang Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal seperti yang dikehendaki-Nya dan apa yang perlu dilakukan oleh manusia ialah berpaling kepada-Nya, dan menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah.

ketika isteri Imran berkata “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas, maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Ali-Imran:35)

Memahami rahsia ini merupakan keuntungan yang paling hebat di dunia

Dengan rahsia ini, satu lagi realiti yang disebutkan di dalam Al-Qur’an akan ditemui:

“Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”, (surahQaaf:16).

Seperti yang diketahui, urat leher berada di dalam badan. Apakah lagi yang lebih rapat kepada seseorang daripada dalamannya sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh hakikat ruang kosong. Ayat ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia ini.

Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas bahawa tidak ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada Allah. Tidak ada yang lain selain Allah; Dialah satu-satunya Kewujudan mutlak (wahdatul wujud) yang menjadi tempat berserah diri, memohon pertolongan, dan berharap untuk dikurnai.

Mereka berkata:

“Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Baqarah: 32

Permalink Leave a Comment

Sejarah Nagara Kedah

October 11, 2009 at 6:37 am (Sejarah) (, )

Bendera Siam dan Bendera Kedah

Orang Melayu Keturunan Siam

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap dianggap “>sebagai sebagai “>berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan akan “>bermula dari dari “>Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.

Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur kampungnya “>bertutur “>dalam bertutur “>dalam “>bahasa Siam selain berbahasa dalam “>bahasa “>Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa bahasa “>Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti seperti “>kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.

Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda,
– bahasa bahasa “>siam tidak sama dengan bahasa thai?
– bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
– raja-raja kita mengamalkan adat siam?

Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini ini “>lebih kepada pada “>rumpun rumpun “>Melayu Melayu “>walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah adalah “>juga juga “>dari melayu “>dari “>keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak tidak “>boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.

Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Kesultanan “>Melayu Melaka itu itu “>sendiri adalah adalah “>diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan merupakan “>rumpun rumpun “>Melayu. Sekiranya kita kita “>menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.

Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja sahaja “>makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka mereka “>berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.

Negara Thailand hari ini asalnya adalah Mereka “>adalah “>negara siam siam “>islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam islam “>dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, itu “>kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

Penulisan Prof Dr Nik Nik “>Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

“Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar dasar “>adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu itu “>tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan makan “>dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk untuk “>membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan dengan “>mengumumkan tujuh dikri dikri “>atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu negara “>itu “>adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat semangat “>cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada “Siam” kepada Thailand “.

Seperkara yang tidak tidak “>disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak tidak “>lagi lagi “>boleh boleh “>dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi – nam kopi -nam cha
Jambam – jaman -suam
Datuk – tok wan -na
Pelita – peta -telat
Salah – salah -jot
Kereta – kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi – muka beruang
Chang loon-gajah gajah “>jatuh (gajah duduk)
Gu run – gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang – pulau merah
Che nang – nama puteri
A rau – kami
Per lis-bedak
Kang gar – betis patah
To biar – heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas – puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar – tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra – pindah/berangkat
Lukut – lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) – Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban – beli rumah kampong
Se lan gor – teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar – topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra – empat laksemana laksemana “>taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah – Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat – Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir – Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau – Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri – Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra – tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai – rasa miang
Ma la ka – mari lah niaga
Ma la yu – mari lah duduk
Ma ni la – mari lah sini
Ke dah – surat kuasa
Mi nang ka bau – kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau – rumah pekerja
U lu lan gat – masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia – tempat semayam raja
Raja Man da li ka – raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka – Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah Syah “>kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na – Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata
Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka SeriSultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).

Dari mana pula kita kita “>hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pada “>ini “>pembaca termasuk saya sebelum pada ini Manuskrip “>ini “>tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah sebuah “>manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti seperti “>hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis tulis “>berperingkat-peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,

“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua dua “>ratus dua puluh tahun, pada pada “>bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”

Sekiranya manuskrip ini ini “>telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Sayyidina “>Jamalul Jamalul “>Alam Alam “>Badrul Munir, bersemayam di Bukit Bukit “>Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Merong “>Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa Mahawangsa “>terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.

Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.

“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :
Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking
Langkasuka”,ms6.

Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah sejarah “>dengan membina loji air di dua dua “>kawasan ini ini “>iaitu di Bukit Bukit “>Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan tinggalan “>istana istana “>disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita kita “>ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.

Petikan seterusnya,

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa adat “>bangsa “>Melayu Melayu “>ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.

Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu itu “>panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”

Mengikut manuskrip ini ini “>lagi, Maharaja Siam ini disebut disebut “>Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti diikuti “>nama nama “>mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.

“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada pada “>tujuh belas hari hari “>bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”, m.s.1.

Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,

“Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada turun “>pada “>Marhum Naga turun turun “>pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/” (m.s 40)

Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda baginda “>dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).

Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas
(1388 – 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan
nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!

Seterusnya ayat, ‘…Datuk Paduka Seri Perdana Perdana “>Menteri Menteri “>Anak Bukit’, membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini ini “>diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.

(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)

Seterusnya,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada pada “>seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”. ms 17.

Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)

Di muka surat yang sama,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud SyahYang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”

Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Pinang “>Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris Inggeris “>pada ada “>kali kali “>pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak tidak “>dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris Inggeris “>dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana kerana “>mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian Perjanjian “>kedua kedua “>pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,

Fasal kedua, menyebut,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.

Fasal kelima,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana mana-mana “>kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.

Fasal kesembilan,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.

Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak tidak “>seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.

Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Khalifah “>Sharif Abu Bakar Bakar “>Syah Syah “>tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan akan “>Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda baginda “>Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.

PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian perjanjian “>dengan dengan “>Inggeris Inggeris “>atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.

(1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64.

Oleh : anaianai

Di petik dan di paparkan semula : Minda Ahad

Permalink 1 Comment

Islam di Akhir Zaman

October 9, 2009 at 11:18 pm (Akidah, Islam) ()

Menyentuh isu Islam pada hari ini insyaAllah akan membawa kita berfikir sejenak tentang apa yg dikatakan Islam dan apa yg dikatakan muslim. Islam dan muslim pada hari ini mungkin berada di merata-rata di dunia ini tetapi benarkah kesemuanya  yg mengaku diri itu Islam dan muslim adalah sebenar-benar Islam dan muslim atau….Bercakap tentang Islam, masing2 telah terbayang tentang rukun Islam, rukun iman, al-qur’an,hukum-hakam, mazhab², pendapat² ulama, hadis² nabi, dan sebagainya. Jika dibangkitkan  isu Islam maka akan dibincangkan pelbagai pendapat tentang isu untuk menjatuhkan hukum hakam, versi² Islam, mazhab² dan banyak lagi yang kebanyakkannya menjurus kepada kaedah untuk beramal dalam Islam.

WhyImnotaMuslimMerenung diri sendiri… Setiap hari beramal dengan menunaikan solat, membaca al-qur’an, bersedekah, dan sebagainya adalah kerana apa? Siapa diri kita ini dan kepada siapa kita beramal? Kerana Allah? Bila ditanya Allah dimana? Akan dijawab “Allah ada dimana-mana”…… Di mana-mana itu dimana? Maka ada pula yg akan kata Allah ada di dalam hati.  Ada juga yg mengatakan Allah ada di Arash dan sedang menyaksikan kita dari Arash. Dan ada juga yg tidak langsung dpt memberi jawapan Allah ada dimana..Jika ada di dalam hati bermakna tidak lagi ada di mana-mana. Jika ada di Arash juga bermakna Allah tidak lagi ada di mana- mana. Allah telah mengambil tempat. Jika Allah telah mengambil tempat bermakna tidak ada bezanya dengan makhluk dan ciptaanNya.  Mempertikai?! Tidak… bukan kita cuba mempertikai tetapi perlulah kita mengenal pencipta sebelum kita beramal kepadaNya… Adakah mungkin kita dapat mengingati sebelum kita mengenali? Ambil contoh yg mudah ; cuba kita bayangkan raut wajah ibu sendiri… boleh walaupun tidak ada di depan mata…. tetapi cuba kita bayangkan raut wajah makcik saya… mana mungkin anda dpt membayangkan raut wajah makcik saya… anda tidak kenal dengannya… Jadi?! Cuba anda bayangkan Allah…. jika anda belum mengenali Allah, mana mungkin anda dpt membayangkan dan mengingatiNya… “dirikanlah solat untuk mengingatiKu”.. Adakah benar solat yg kita dirikan selama ini adalah mengingati Allah?!

Pelbagai persoalan yg perlu difikirkan sekiranya anda mengaku diri muslim. Adakah dengan mudahnya anda menjadi muslim? Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah dan faham terjemahan arab ke melayu sudah cukup menjadikan anda muslim?! Bagaimana pula muslim yg berada di Arab yg sememangnya bahasa arab adalah bahasa mereka dan sekali lafaz sudah tahu apa yg dilafaz… Tetapi mungkin yg difahami cuma ayat tetapi tidak kepada yg tersirat.Renung² sejenak… Kenapa apabila Allah mencipta Nabi Adam, Allah mengkehendaki makhluk2 yg lain sujud kepada Nabi Adam sedangkan Nabi Adam dan makhluk lain adalah sama.. Makhluk sujud kepada makhluk.Adalah bersebab kenapa Allah perintahkan sedemikian rupa. Allah maha bijaksana. Kenapa Allah menjadikan kaabah sebagai kiblat untuk kita bersolat?! Kenapa adanya ibadat puasa?! Kenapa adanya ibadat zakat?! Apakah yg dicari dalam ibadah haji?! Kenapa sa’ie?

Pelbagai persoalan perlu disingkap untuk kita mencari dan mengenali Pencipta… Kenallah sebelum mengingati… Jika kamu tidak kenal pencipta sebelum kamu beramal kepadanya, mungkin kamu terpesong. Mungkin secara tidak kamu ketahui kamu sedang berada dalam keadaan SYIRIK sedangkan kamu sedang beramal.Kenapa?! Mungkin ketika bersolat, sujudnya kamu kepada sejadah atau sujudnya kamu kepada kaabah. Adakah sejadah itu tuhanmu? Adakah kaabah itu tuhanmu? Di mana tuhanmu?

akan bersambung InsyaAllah……



Permalink 8 Comments

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.